Skip to main content

Singapura

Warga SG pilih Presiden 'sangat layak': PM Lee

Anggaran Waktu Membaca:
Warga SG pilih Presiden 'sangat layak': PM Lee

(Gambar: CNA/Jeremy Long)

Diterbitkan : 14 Sep 2023 09:19PM
SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata Singapura sudah memilih seorang calon yang benar-benar layak untuk mendukung jawatan tertinggi negara ini.

Encik Tharman Shanmugaratnam, kata Encik Lee, bukan sahaja mempunyai keupayaan, pengalaman dan kewibawaan untuk melaksanakan tugasnya baik di dalam negeri mahupun peringkat antarabangsa.

Beliau juga mempunyai pertimbangan yang baik dan integriti yang tidak dapat dipertikaikan lagi.

Semua itu, tekan Encik Lee, adalah nilai-nilai amat penting bagi seorang Presiden.

Bercakap di Upacara Angkat Sumpah Encik Tharman di Istana, Encik Lee menambah bahawa Pilihan Raya Presiden pada 1 September yang dimenangi Encik Tharman dengan jumlah undi sebanyak 70.4 peratus, ia membuktikan bahawa isu perkauman adalah "faktor lebih kecil pada masa ini berbanding dahulu" bagi warga Singapura.

Mentelah lagi, sedang Singapura melakar hala tuju masa depan di tengah-tengah dunia yang sekarang ini semakin tidak menentu dan bergolak.

Sebagai bekas ahli sukan, Encik Tharman pernah bercakap tentang minatnya kepada bidang sukan dan seni.

Encik Lee berkata "kami menantikan sokongan anda dalam bidang tersebut, yang akan membuat kami masyarakat yang lebih menarik dan menyeluruh".

Encik Lee juga bercakap tentang tanggungjawab utama Presiden, seperti memiliki "kunci kedua" kepada rizab negara.

"Memandangkan pengalaman anda yang banyak dalam isu ekonomi dan kewangan, serta kebiasaan dengan bagaimana sistem tersebut berfungsi, saya sangat yakin dengan keupayaan anda untuk menjalani tugas yang penting ini," kata Encik Lee.

Selain tugas di dalam negara, Encik Tharman akan menjadi diplomat tertinggi Singapura, tambah Encik Lee.

Beliau menarik perhatian bahawa Encik Tharman "sudah memahami" peranan Presiden, kerana beliau sudah "mengambil bahagian dalam perbincangan antarabangsa berkaitan ekonomi dan kewangan secara aktif, serta pernah memegang jawatan tinggi di organisasi antarabangsa dan panel penasihat reben biru".

Ketika mengakhiri ucapannya, Encik Lee mengalu-alukan isteri Encik Tharman, Cik Jane Ittogi Shanmugaratnam kepada peranan baharunya, dan menyifatkannya sebagai "satu-satunya orang di mana sokongan peribadinya amat penting" bagi suaminya.

Encik Lee berkata bahawa beliau yakin Encik Tharman, seperti mantan presiden sebelumnya, akan menjadi "Presiden bagi semua warga Singapura" dan akan berkhidmat kepada Singapura dengan "dedikasi dan kecemerlangan".
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita