Skip to main content

Singapura

Warga SG pilih destinasi percutian di Asia Pasifik

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menjelang cuti sekolah bulan Jun dan beberapa cuti hujung minggu yang panjang, Google mengumumkan 10 destinasi utama yang ingin dikunjungi warga Singapura.

Data tersebut berdasarkan pencarian Penerbangan Google dengan pencarian tertinggi bagi tarikh berlepas antara Jun dan Ogos 2023.

Walapun bandar-bandar popular seperti Seoul dan Tokyo disenaraikan, ia bukan destinasi nombor satu menurut senarai tersebut.

Pilihan utama ialah Denpasar di Bali, Indonesia yang menyaksikan pencarian tertinggi. Antara aktiviti popular di Denpasar termasuk pergi ke pantai, kuil dan mencuba makanan tempatannya.

Selepas Denpasar, 10 destinasi teratas adalah seperti berikut:
  1. Denpasar, Indonesia
  2. Tokyo, Jepun
  3. Bangkok, Thailand
  4. London, United Kingdom
  5. Seoul, Korea Selatan
  6. Bandar Taipei, Taiwan
  7. Osaka, Jepun
  8. Melbourne, Australia
  9. Paris, Perancis
  10. Sydney, Australia

Pengarah urusan Google Singapura, Ben King, berkata: "Data kami menunjukkan kecenderungan bagi destinasi lebih dekat dengan Singapura, dengan lapan daripada 10 destinasi teratas digemari rakyat Singapura adalah di Asia Pasifik. Memandangkan terdapat 11 cuti umum dan tujuh hujung minggu yang panjang, rakyat Singapura yang gemar melancong mencari cara untuk memanfaatkan tempoh percutian mereka dengan sepenuhnya dan kami harap alat pencarian pelancongan Google terus membantu memenuhi keperluan mereka."

Kajian Google juga menunjukkan, berdasarkan data harga pada Penerbangan Google sebelum ini, harga tiket penerbangan biasanya berada di paras terendah antara empat hingga enam bulan sebelum tarikh berangkat.

Data Google juga mendapati Singapura menjadi destinasi pilihan utama bagi pelawat dari India, Australia dan Malaysia pada suku pertama tahun ini.

Marina Bay Sands, Sentosa dan Taman Merlion disenaraikan sebagai tempat daya tarikan utama.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita