Warga SG mula beli rumah dekat stesen Bukit Chagar di laluan RTS JB-SG
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mediacorp
SINGAPURA: Projek sistem gerak cepat (RTS) Singapura dengan Johor menjadi pemangkin kepada lonjakan nilai hartanah di Johor Bahru selepas pengumuman projek itu berjalan lancar seperti dijadualkan.
Menurut penganalisis yang ditemui Mediacorp harga rumah sudah mula naik 20 peratus sejak beberapa tahun lalu dengan beberapa rakyat Singapura juga tidak mahu melepaskan peluang untuk membeli hartanah di seberang koswe itu.
Meskipun demikian, sesetengah juga masih bersikap lebih berwaspada.
Salah seorang pembeli warga Singapura, Encik Daniel Ong, 66 tahun, baru-baru ini menempah dua unit dari sebuah projek di Johor Bahru, yang terletak berdekatan dengan Koswe.
Beliau tertarik dengan aksesibiliti kawasan tersebut, yang akan dipertingkatkan lagi apabila RTS siap dalam dua tahun.
Encik Ong merancang untuk menyewakan salah satu daripada unit tersebut dan menggunakan yang satu lagi sebagai rumah percutian atau kediaman bersara.
Encik Daniel Ong berkata: "Ia agak mudah diakses menggunakan pengangkutan awam, apa lagi dengan RTS yang akan datang. Dan juga, saya dan isteri saya sendiri, kami gemar pergi makan di sana dan membeli-belah. Kami mendapati kos sara hidup jauh lebih rendah daripada di Singapura."
Kondo dua bilik di hartanah tersebut berharga kira-kira S$240,000 dengan jarak berjalan kaki ke RTS.
Permintaan yang meningkat telah mendorong harga hartanah di kawasan tersebut sebanyak kira-kira 20 peratus, sejak dua tahun lalu.
Seorang penganalisis berkata harga beberapa projek terutamanya yang lebih dekat dengan stesen RTS telah naik hampir 8 hingga 10 peratus, sejak tahun lalu.
Menurut Dr Lee Nai Jia dari kumpulan PropertyGuru, harga dijangka terus naik semakin dekat tarikh stesen RTS siap, kira-kira 5 hingga 6 peratus.
Tambah beliau, harga mungkin stabil selepas itu.
Beberapa lagi penganalisis berkata hartanah yang sudah lama siap juga menyaksikan minat baharu daripada pembeli dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Ini meskipun beberapa kondominium baharu atau projek apartmen perkhidmatan yang baharu dibina dekat dengan stesen Bukit Chagar.
Penganalisis juga berkata beberapa pembangunan bersepadu juga dirancang yang menyediakan ruang pejabat dan runcit.
Ejen hartanah menerima sekitar 50 pertanyaan sebulan, namun sebilangan warga Singapura masih ragu-ragu untuk membeli sebuah hartanah di negara asing.
"Saya fikir bagi mereka, kebanyakannya tidak biasa dengan JB. Sesetengah pembeli, mereka suka idea itu, tetapi mereka sudah lama tidak ke JB, atau mereka tidak biasa ke JB, atau tidak biasa dengan proses pembelian hartanah di Malaysia," jelas Encik Ryan Koh, seorang ejen hartanah.
Bagi James Lim, potensi menjana pendapatan sewa mendorongnya untuk membeli kondo 2 bilik di sebuah projek mega pegangan kekal bulan lalu.
"Apabila RTS dibuka, dalam masa dua tahun, harga hartanah pasti akan naik. Kedua, harga sewa pasti akan menjadi agak menarik juga, berbanding dengan tempat-tempat lain," jelas beliau tentang pembelian tersebut.
Malah,beberapa penganalisis berkata harga sewa bagi beberapa kawasan hampir naik seganda berbanding semasa tempoh pandemik COVID-19, apabila Arahan Kawalan Pergerakan menyekat perjalanan dan menyebabkan kadar sewa merosot.
Di Singapura pula, para penganalisis menjangkakan permintaan naik bagi rumah dekat dengan Woodlands North. Mereka juga menjangkakan unit kediaman baharu ditambah di kejiranan tersebut pada masa akan datang.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.