Warga SG maut ketika daki Gunung Kilimanjaro kelihatan sihat setelah kembali ke tapak kem: Pengendali pelancong tempatan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP/Ben Curtis
SINGAPURA: Lelaki warga Singapura yang maut pada 9 Ogos atas komplikasi kesihatan akibat penyakit altitud ketika cuba mendaki Gunung Kilimanjaro, kelihatan sihat sekembalinya dia ke kem tersebut pada hari sebelumnya.
Demikian menurut seorang pengendali pelancongan Tanzania.

Bercakap kepada Mediacorp pada lewat Rabu (16 Ogos), Encik Mathew Jacky Mollel, yang merupakan pengasas dan pengarah agensi pelancongan Wild Root Safaris and Adventures, berkata bahawa Encik Darrel Phee berasa kurang sihat pada 8 Ogos, iaitu pada hari kumpulan pelancong tersebut dijadual mendaki ke puncak gunung.
Pendakian tersebut dijadual dilakukan dari 3 hingga 11 Ogos.
Menurut Encik Mollel, yang ada pemandu syarikatnya bagi memimpin sekumpulan pelancong terdiri daripada Encik Phee, warga Singapura itu dipaksa untuk kembali ke tapak kem tersebut dengan seorang pemandu pelancong dan "telah dinilai dan kelihatan baik-baik saja" apabila dia pulang. Dia malah, juga dapat makan malam.
Pada sekitar 6.00 pagi, Encik Phee ditemui di tandas oleh seorang pemandu pelancong, jelas Encik Mollel.
Agensi pelancongan tempatan Adventures Unlimited, dalam satu catatan Facebook pada awal pagi 12 Ogos, menyatakan bahawa ia sudah "menerima khabar duka mengenai sebuah tragedi yang berlaku semasa pendakian Kilimanjaro".
"Salah satu daripada anggota pasukan kami, Encik Darrel Phee, meninggal dunia semasa ekspedisi tersebut," tambahnya. Lelaki itu berusia 28 tahun.
"Paras bacaan dan simptom (Encik Phee) normal sepanjang beberapa hari pendakian tersebut," nyata hantaran tersebut.
"Namun, pada pagi pendakian ke puncak, paras oksigennya turun dan kadar degupan jantungnya pula naik."
Ia kemudian diputuskan bahawa dia akan tidak mendaki gunung tersebut tetapi pulang ke tapak kem berkenaan dengan seorang pemandu pelancong, selaras dengan protokol keselamatan. Di tapak kem tersebut, Encik Phee dipantau dengan rapi, menurut Adventures Unlimited.
Encik Phee akhirnya dibawa ke Pusat Perubatan Kilimanjaro Christian, menurut Encik Mollel.
"Malangnya disebabkan penyakit altitud dan komplikasi kesihatan serius yang dialaminya, keadaannya merosot dan beliau meninggal dunia," nyata Adventures Unlimited menerusi catatan di Facebooknya.
Dia meninggal dunia akibat asfiksia dan paru-paru bengkak disebabkan berada di tempat yang tinggi, yang juga dipanggil high altitude pulmonary edema (HAPE).
CNA telah menghubungi Adventures Unlimited untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.