Warga SG kongsi pengalaman diterbangkan pulang dari Pakistan di tengah perang dengan India
Anggaran Waktu Membaca:

Lagi 5 rakyat SG selamat kembali ke tanah air. (Gambar: Azman Khamis)
SINGAPURA: Lagi lima rakyat Singapura selamat kembali ke tanah air dari Pakistan pada Ahad (11 Mei).
Antara mereka ialah Encik Azman Khamis, 64 tahun yang sudah berada di Pakistan sejak 6 April lalu.
Pengurus unit bagi sebuah syarikat penyiaran
itu ke sana bagi menyokong liputan Liga Super Pakistan.
Namun liga perlawanan kriket itu ditangguhkan apabila serangan dron menjejas kawasan berdekatan lokasi sebuah perlawanan di stadium kriket Rawalpindi pada Khamis lalu.
AZMAN KHAMIS, TERMASUK 200 WARGA ASING LAIN DITERBANGKAN KE DUBAI
Setelah itu, Encik Azman dan sekitar 200 warga asing yang terlibat dalam acara sukan itu diterbangkan ke Dubai dahulu dengan bantuan pemerintah Pakistan.

Ini sebelum mereka pulang ke tanah air masing-masing.
Meskipun diarahkan untuk meninggalkan Pakistan secara mendadak, perjalanan ke pangkalan udara Noor Khan teratur dan lancar.

"Tidak panik sebab kita pergi dengan kumpulan lain yang dipindahkan. Sebelum kita ke lapangan terbang, kita perlu ke hotel-hotel lain. Dari sana kita konvoi. Jalan raya semua tutup. Jalan raya semua boleh digunakan untuk kita. Sampai lapangan terbang, kita berada di landasan terbang dan serta merta naik pesawat. Jadi tak ada nak tunggu-tunggu. Serta merta berangkat," kongsi Encik Azman kepada wartawan Nur Arina Ahmad Anis.
Encik Azman sepatutnya berada di sana selama dua bulan bagi tugasnya itu.
PIHAK BERKUASA PAKISTAN JAGA KESELAMATAN DENGAN RAPI
Menurutnya lagi, sejak serangan berlaku di Kashmir pada 22 April lalu, keadaan di Pakistan rata-rata terkawal dan dijaga rapi oleh pihak berkuasa negara itu.

"Selama saya di sana, saya tak berasa bimbang sebab saya tahu keselamatan saya dijaga dengan rapi. Lagipun tempat yang diserang itu jauh dari kami. Cuma pada hari Khamis itu, apabila ada serangan dron di stadium, itu yang buat orang takut sedikit. Tapi pada saya, saya tak bimbang. Pada saya ajal dan maut di tangan Tuhan," ujar Encik Azman lagi.
Liga Super Pakistan masih ada lagi lapan perlawanan dan pihak penganjur belum lagi menetapkan tarikh untuk meneruskan perlawanan itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.