Warga SG diusir Thailand, diberkas kerana disyaki edar dadah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Warga Singapura yang diburu kerana disyaki mengedar dadah, telah diberkas selepas diusir dari Thailand, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Khamis (19 Sep).
Lelaki berusia 31 tahun itu diberkas pihak berkuasa Thai pada Selasa (17 Sep) dan kemudian diserahkan kepada CNB. Beberapa laporan media Thai mengenal pasti suspek sebagai Benny Kee Soon Chuan.
Dia akan didakwa pada Jumaat (20 Sep) bagi kesalahan mengedar dadah.
Kegiatan tertuduh terbongkar selepas CNB menjalankan siasatan terhadap dua kes pengedaran dadah lain, pada Disember 2020 dan November 2022.
"Tertuduh dalam kes itu, dua warga Singapura berusia 21 dan 29 semasa ditangkap, didakwa secara berasingan mengedarkan methamphetamine dalam jumlah yang besar," menurut CNB.
Pesalah berusia 21 tahun itu dijatuhi hukuman penjara 22.5 tahun dan disebat 15 kali manakala pesalah berusia 29 tahun pula dipenjara selama lapan tahun dan disebat tujuh kali.
Waran tangkap dikeluarkan bagi suspek berusia 31 tahun atas tuduhan terbabit dalam pembekalan dadah kepada rakan-rakan subahat di Singapura. Namun rekod imigresen menunjukkan dia tidak berada di Singapura sejak 11 Apr 2016.
CNB selanjutnya menghubungi rakan sejawatannya di luar negara untuk mendapatkan maklumat tentang keberadaan suspek.
Menurut media Thai, lelaki itu dijejaki pihak berkuasa lalu ditemui di satu kediaman yang terletak di wilayah Samut Prakan, selatan Bangkok.
Dia ditemui "hidup dalam kemewahan" sekalipun dilaporkan tidak bekerja atau meraih sebarang pendapatan.
Pihak berkuasa Thailand juga bertindak selepas mendapat maklumat daripada CNB, lapor media Thai yang menukil ketua agensi penguat kuasa dadah Thailand.
Lelaki itu dipercayai mengirimkan dadah seperti 'Ice', ketamine dan ecstasy dari Thailand ke Singapura dan Australia, menerusi kiriman pos antarabangsa.
Bangkok Post melaporkan aset bernilai 15 juta baht (S$600,000) turut dirampas daripada lelaki itu, yang dipercayai memasuki Thailand dengan menggunakan pasport Vanuatu.
Beberapa jam Rolex, rantai emas, cincin, tangkal dan wang tunai dalam pelbagai mata wang antara barangan yang dirampas, sebagaimana yang dilihat dalam gambar-gambar semasa penangkapan dilakukan.
Siasatan ke atas anggota sindiket lain sedang dijalankan, menurut CNB.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sejawatan atas kerjasama rapat dan tindakan pantas untuk membawa suspek pulang ke Singapura dan berdepan tindakan undang-undang," tambah Pemangku Pengarah CNB Leon Chan.
"Sindiket dadah mengeksploitasikan keterhubungan global untuk beroperasi dari jarak jauh, mewujudkan ancaman yang melangkaui sempadan dan membawa kesan terhadap keselamata masyarakat kita."

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.