Skip to main content

Singapura

Warga SG di Rusia dinasihati supaya jangan keluar rumah sedang keadaan keselamatan 'tidak stabil'

Anggaran Waktu Membaca:
Warga SG di Rusia dinasihati supaya jangan keluar rumah sedang keadaan keselamatan 'tidak stabil'

Gambar: AFP

Diterbitkan : 25 Jun 2023 10:38AM Dikemas Kini : 25 Jun 2023 10:39AM
SINGAPURA: Kedutaan Singapura di Mosko pada Sabtu (24 Jun) menasihatkan rakyat Singapura yang berada di Rusia supaya kekal duduk di rumah di tengah-tengah keadaan keselamatan yang "tidak stabil".

Askar dari kumpulan upahan Wagner telah menawan bandar Rostov-on-Don di bahagian selatan Rusia sebagai sebahagian daripada percubaannya untuk menggulingkan kepimpinan tentera Rusia.

Dalam ucapan di televisyen, Presiden Rusia Vladimir Putin menyifatkan Wagner sebagai "pengkhianat" dan berikrar untuk menumpaskan usaha pemberontakan itu.

"Di tengah perkembangan ini, Kedutaan Singapura menasihati semua warga Singapura di Rusia untuk kekal duduk di rumah sehingga keadaan menjadi lebih reda," nyata kedutaan Singapura di Mosko.

"Seberapa boleh, sila elak daripada melakukan perjalanan rentas negeri buat ketika ini."

"Kami juga menekankan lagi makluman perjalanan kami sebelumnya pada 25 Oktober 2022 yang menggesa warga Singapura agar menangguhkan semua perjalanan ke Wilayah Krasnodar, Rusia, serta wilayah-wilayah Belgorod, Bryansk, Voronezh, Kursk, dan Rostov," tambahnya.

Rakyat Singapura digesa agar terus kekal berwaspada, memantau perkembangan berita tempatan dengan teliti, mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri mereka dan mendaftar dengan perkhidmatan eDaftar MFA.

Rakyat Singapura di Rusia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi kedutaan Singapura di Mosko di talian +7 499 241 37 02 semasa waktu pejabat, atau +7 906 009 00 69 untuk kecemasan di luar waktu pejabat.

Mereka juga boleh menghubungi pejabat petugas MFA yang beroperasi 24 jam di talian 6379 8800 atau 6379 8855.
Sumber : CNA/SE/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita