Warga SG di Jepun sambut ulang tahun SG dengan cara tersendiri
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sambutan Hari Kebangsaan Singapura juga disambut di luar negara.
Di Jepun misalnya, terdapat sekitar 3,000 warga Singapura yang kini menetap di sana seperti di Tokyo.
Yang jelas, walaupun jauh di mata, Hari Kebangsaan Singapura ke-58 tetap di hati mereka.
Sudah menetap di Jepun selama enam tahun, Melissa Yap kini tidak lagi berasa asing di negara orang.
Dengan basikalnya yang dipanggil 'mamachari', beliau lincah bergerak ke sana ke mari di Tokyo untuk melakukan tugas-tugas sehariannya.
Namun, hari ini agak berbeza.
Bersama puteri-puterinya Maia dan Mikayla dan suaminya Mark Namiki, mereka sedang bersiap sedia untuk meraikan ulang tahun Singapura yang ke-58 dengan cara mereka tersendiri.
Pada tahun-tahun sudah, pasangan itu akan menyambut Hari Kebangsaan dengan warga Singapura lain yang menetap di Jepun di kedai mereka yang dipanggil Little Merlion.
Mereka membuka Little Merlion di tengah-tengah pandemik COVID-19 dengan harapan warga Singapura yang tidak dapat pulang ke tanah air boleh melepaskan rindu dengan makanan Singapura.
"Singapura ialah tanah air saya. Keluarga dan rakan-rakan saya di sana. Dengan dua orang anak, sokongan keluarga amat penting. Ada makanan yang amat sukar untuk dimasak. Saya merindukan popiah. Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan. Chendol. Anda merindukan kemanisan Singapura atau kueh," ujar warga Singapura di Tokyo.
Kedai tersebut sudah ditutup, namun Cik Yap berharap membuka satu lagi perniagaan makanan untuk terus menyambut pelanggan Singapura.

Sumber : CNA/NY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.