Warga SG di Amerika didakwa atas penipuan mata wang kripto bernilai AS$230 juta
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Pejabat Syerif Broward
SINGAPURA: Seorang warga Singapura yang tinggal di Amerika Syarikat merupakan satu daripada dua lelaki yang didakwa pada Khamis (19 Sep) kerana berpakat untuk mencuri wang kripto bernilai AS$230 juta (S$297 juta) dan terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram.
Dua lelaki itu telah memperdaya seorang mangsa di Washington DC dan memperoleh lebih 4,100 Bitcoin bernilai lebih AS$230 juta ketika itu, kata Jabatan Kehakiman AS dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Malone Lam, yang berusia 20 tahun tinggal di Miami dan Los Angeles bersekongkol dengan Jeandiel Serrano, 21 tahun, dari Los Angeles. Mereka diberkas FBI pada Rabu malam.
Lam, yang menggunakan nama "Anne Hathaway" dan "$$$" di platform online,serta Serrano, yang menggunakan "VesaceGod" dan "@SkidStar" hadir di mahkamah pada Khamis, menurut kenyataan media itu.
Lan, Serrano dan beberapa yang lain didakwa bersekongkol untuk mencuri wang kripto itu dan menggunakan wang yang diperoleh itu untuk aktiviti haram agar kelihatan sah "melalui pertukaran dan pelbagai perkhidmatan" sejak Ogos tahun lalu.
Cara mereka beroperasi ialah dengan mendapatkan akses kepada akaun mata wang kripto mangsa dan kemudian memindahkan dana mangsa ke dalam aset milik mereka, menurut kenyataan media itu.
Mereka kemudian menggunakan wang tersebut bagi kegiatan pengubahan wang haram termasuk dengan memindahkan dana menggunakan rangkaian peribadi maya (VPN) untuk menutup identiti sebenar mereka.
Teknik “peel chains”, turut digunakan di mana sejumlah besar mata wang kripto yang diperoleh secara haram dipecahkan menjadi jumlah yang kecil dan digunakan bagi aktiviti pengubahan wang haram.
Kedua-duanya kemudian didakwa membelanjakan hasil wang kripto yang dicuri itu untuk melancong ke luar negara, pergi ke kelab malam, membeli kereta mewah, jam tangan, barang kemas, beg tangan berjenama serta rumah sewa di Los Angeles dan Miami.
Siasatan ke atas kes penipuan itu sedang dijalankan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.