Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga SG di 10 negara mengundi lebih awal

Anggaran Waktu Membaca:
Warga SG di 10 negara mengundi lebih awal

Gambar fail pusat mengundi di Singapura. (Gambar: TODAY)

LONDON: Di Singapura, hari Khamis (31 Ogos) merupakan Hari Bertenang menjelang hari mengundi pada Jumaat (1 Sep).

Namun di Britain, dan sembilan bandar lain di merata dunia, para pengundi sudah mula mengundi lebih awal.

Pengundian bermula satu hari lebih awal untuk memastikan tiada pusat mengundi dibuka selepas ia dibuka di Singapura.

Meskipun begitu, tidak semua warga Singapura yang menetap di luar negara boleh mengundi. Untuk layak sebagai pengundi, seorang warga Singapura harus berada di Singapura sekurang-kurangnya 30 hari sepanjang tiga tahun lalu.

Lebih 6,500 warga Singapura di negara lain berdaftar sebagai pengundi luar negara.
Buat pertama kalinya, undi pos digunakan selepas undang-undang diubah pada Mac lalu.

Lebih daripada separuh pengundi seberang laut memutuskan untuk mengundi melalui pos.

Ini bermakna mereka yang menetap di negara-negara di mana pusat mengundi tidak disediakan tidak perlu ke pusat mengundi terdekat.

Walau bagaimanapun, sebilangan individu memilih untuk mengundi secara fizikal di luar negara.

Seorang pengundi tiba di London pada pagi Khamis dari Luxembourg untuk mengundi secara fizikal.

"Saya fikir mengundi adalah sangat penting. Ia penting untuk terlibat dalam politik, terutama sekali sebagai seorang yang menetap di luar negara, saya fikir ia membantu saya menjalinkan hubungan kepada Singapura," kata seorang pengundi.

Undang-undang undi pos diubah berikutan Pilihan Raya Umum pada 2020. Disebabkan pandemik, ramai warga Singapura tidak berpeluang untuk ke pusat mengundi.

Mereka yang mengundi melalui pos perlu menghantarnya sebelum Jumaat dan ia harus tiba di Singapura sebelum 11 September.
 
Sumber : CNA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan