Warga SG dalam kemalangan bas Norway 'cedera ringan': MFA
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/NTB/Jens Andre M. Birkeland)
OSLO: Sebuah bas membawa beberapa pelancong asing, termasuk warga Singapura, terbabas dari jalan raya dan sebahagiannya tenggelam berdekatan tasik selat Raftsundet, yang memisahkan kepulauan Lofoten daripada pulau utama Norway.
Kemalangan tersebut meragut tiga nyawa, menurut polis tempatan pada Khamis (26 Dis), manakala 58 orang lagi terjejas.

BACA:
Tiada warga Singapura maut, dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Sabtu (28 Dis) memberitahu Mediacorp bahawa ia sedang memberi bantuan konsular dan sokongan, melalui Konsul Jeneral Kehormat Oslo, kepada warga Singapura "yang mengalami kecederaan ringan".
MFA tidak memberitahu Mediacorp tentang jumlah warga Singapura yang terjejas, namun menyatakan bahawa Konsul Jeneral tersebut sudah menghubungi pihak berkuasa tempatan.
Menurut laporan media Norway, sekurang-kurangnya seorang warga Singapura cedera ringan dalam kemalangan tersebut.
Dalam respons kepada Mediacorp, kedutaan Norway di Singapura menyatakan bahawa bandar di mana kemalangan itu berlaku sudah mengerahkan pasukan tindak balasnya.
Ia juga sedang memastikan penumpang yang tidak dirawat di hospital "dijaga dan mempunyai seseorang untuk bercakap tentang kemalangan tersebut".

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.