Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga SG berangkat ke Qatar, anjurkan pesta tonton Piala Dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Warga SG berangkat ke Qatar, anjurkan pesta tonton Piala Dunia

Encik Aruvin Gobi Nathan di Lapangan Terbang Changi (Gambar: Today)

SINGAPURA: Encik Aruvin Gobi Nathan bertolak ke Doha, Qatar pada Sabtu pagi (19 Nov) untuk perjalanan selama dua minggu yang dirancangnya selama setahun setengah.

Pengurus pematuhan perbankan berusia 35 tahun itu akan menghadiri empat perlawanan peringkat kumpulan Piala Dunia di empat stadium berbeza bermula dari 21 hingga 30 November.

Salah satu perlawanan itu melibatkan pasukan Portugal yang menampilkan pemain Cristiano Ronaldo yang akan beraksi buat kali terakhir dalam Piala Dunia 2022.

"Alangkah hebatnya untuk melihat aksi Cristiano Ronaldo menjaringkan gol secara langsung sebelum beliau bersara," kata Encik Nathan yang membelanjakan kira-kira S$10,000 untuk perjalanannya ke Qatar selama dua minggu.

Beliau bakal menyaksikan perlawanan itu bersama rakannya daripada Qatar yang juga menyediakan penginapan sepanjang beliau di sana.

Para peminat bola sepak di Singapura yang bakal menyaksikan perlawanan itu di kaca televisyen juga tidak sabar untuk menyaksikan para pemain beraksi.

Meskipun sebilangan rakyat Singapura meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga pakej langganan Piala Dunia tahun ini, ada yang menganggap harganya berpatutan dengan jumlah perlawanan yang boleh ditonton.

Max Lee, seorang kontraktor berusia 55 tahun berkata, "Jika anda menonton filem, harganya antara S$10 dan S$13, mungkin anda boleh menonton sembilan filem. Manakala untuk S$98, saya dapat menonton 60 perlawanan. Ia adalah hiburan untuk saya juga, jadi saya rasa harganya berpatutan.

Buat sesetengah orang, Piala Dunia adalah penting kerana ia mungkin kali terakhir beberapa pemain bola sepak tersohor beraksi.

Sesetengah rakyat Singapura menggunakan kesempatan itu untuk berkumpul dengan rakan dan keluarga.

Encik Karthik Mohan, 32 tahun, merancang menganjurkan pesta tonton bersama Piala Dunia 2022 bersama pakcik-pakciknya.

"Kami mendapatkan jadual perlawanan dan sedang memikirkan perlawanan apa yang boleh kami tonton semasa pesta itu.

Seorang lagi peminat tempatan, Peter Low, 56 tahun yang merupakan jurutera projek juga merancang untuk menonton perlawanan bola sepak bersama teman-temannya.

"Jika perlawanan itu berlangsung pada hujung minggu, mungkin saya akan berjumpa dengan beberapa rakan di McDonald's," kata beliau.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan