Skip to main content

Singapura

Warga S'pura mahu rumah mampu milik bermutu, masyarakat saling ambil berat

Satu tinjauan terbaru mendapati ramai warga Singapura mahukan rumah mampu milik yang bermutu dan sebuah masyarakat yang saling mengambil berat antara satu sama lain.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Sep 2021 08:02PM Dikemas Kini : 12 Sep 2021 09:24PM

SINGAPURA: Satu tinjauan terbaru mendapati ramai warga Singapura mahukan rumah mampu milik yang bermutu dan sebuah masyarakat yang saling mengambil berat antara satu sama lain.

Hampir 6,000 penduduk mengambil bahagian dalam tinjauan dan bengkel secara online yang dijalankan sepanjang dua bulan lalu.

Ia sebahagian daripada fasa pertama rancangan jangka panjang Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) untuk merancang penggunaan tanah Singapura bagi tempoh 50 tahun akan datang dan seterusnya.

Bercakap di sebuah bengkel yang diadakan secara maya pagi tadi (12 Sep), Menteri Kedua Pembangunan Negara Indranee Rajah berkata Singapura kini menghadapi cabaran yang berbeza.

Oleh itu, pemerintah mahu memanfaatkan sumber terhad kita dengan sebaik-baiknya dan mewujudkan tempat tinggal yang lebih mesra dan mampan bagi generasi akan datang.

Saranan yang diterima daripada fasa pertama akan didedahkan dalam beberapa minggu akan datang.

Cik Indranee menambah bahawa Pemerintah akan mendekati lebih ramai penduduk dalam beberapa bulan akan datang untuk mengumpul lebih banyak idea bagi mewujudkan impian warga tempatan.

Semakan semula pelan dan strategi pembangunan URA dijangka selesai pada tahun depan.

Sumber : CNA/AY/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita