Skip to main content

Singapura

Warga S'pura didenda lebih S$300,000 kerana jual saham dengan maklumat sulit dalam tangan

Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengenakan denda S$336,000 ke atas seorang lelaki kerana mendapatkan akses kepada maklumat sulit dalam urusan jual beli saham.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga S'pura didenda lebih S$300,000 kerana jual saham dengan maklumat sulit dalam tangan

(Gambar fail: Ben Stansall/AFP)

Diterbitkan : 04 Jun 2019 08:07PM Dikemas Kini : 04 Jun 2019 08:08PM

SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) mengenakan denda S$336,000 ke atas seorang lelaki kerana mendapatkan akses kepada maklumat sulit dalam urusan jual beli saham.

Raphael Tham menjual saham Auhua Clean Energy, yang disenaraikan dalam Bursa Saham London hasil maklumat sulit tentang bursa saham pasaran yang tidak boleh diakses orang awam.

Tham, yang merupakan naib pengerusi bukan eksekutif syarikat terbabit membayar denda sivil tanpa sebarang tindakan mahkamah.

Jumlah yang dikenakan adalah lebih seganda daripada kerugian yang dapat dielak dengan menjual sahamnya pada 2015.

Warga Singapura itu kini tidak dibenarkan menjadi pengarah syarikat atau terlibat dalam pengurusan sebuah syarikat selama dua tahun.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita