Skip to main content

Singapura

Warga S'pura anggap kesamarataan kaum, agama isu ke-3 paling penting: Edwin Tong

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkata rakyat negara ini menganggap kesamarataan dalam soal kaum dan agama adalah isu sosial ketiga yang paling penting.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Dec 2020 09:25PM Dikemas Kini : 19 Dec 2020 10:12PM

SINGAPURA: Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong berkata rakyat negara ini menganggap kesamarataan dalam soal kaum dan agama adalah isu sosial ketiga yang paling penting.

Ia sebahagian daripada sentimen-sentimen yang dikumpul pemerintah untuk memahami apa yang dianggap rakyat sebagai isu-isu penting.

Encik Tong berkongsi hal itu semasa edisi kelima dialog 'Regardless of Race' yang disertai lebih 100 orang secara maya.

Perbincangan hari ini (19 Dis) menumpu perhatian kepada tanggapan generasi-generasi yang berbeza terhadap isu-isu dan ketegangan kaum.

Encik Tong juga mengajak warga Singapura agar memberikan pandangan mereka menerusi wadah-wadah yang selamat seperti dialog anjuran OnePeople.sg.

"Dalam kita memikirkan tentang isu-isu pendapatan dan mencari pekerjaan terutama sekali dalam masa wabak COVID, keharmonian antara kaum dan agama tetap menjadi sesuatu yang penting dalam fikiran warga Singapura kita.

"Saya rasa ini satu aspek yang penting kerana ia bermakna bahawa isu-isu tersebut masih dianggap amat penting dan kita perlu memastikan bahawa kita melakarkan satu laluan dan membina perpaduan sosial yang baru," kata Encik Tong. 

Sumber : CNA/NZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita