Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga net tersentuh lihat kereta diconteng anak

Anggaran Waktu Membaca:
Warga net tersentuh lihat kereta diconteng anak

(Gambar: Tangkapan skrin video @adventurefinds/TikTok)

SINGAPURA: Satu rakaman video di TikTok yang menunjukkan sebuah kereta putih diconteng kanak-kanak sedang mendapat perhatian warga net. Ada  yang melahirkan rasa kagum melihat "edisi terhad" corak yang dilihat dalam video yang dimuat naik pada Isnin (27 Jun) dengan kapsyen "Apa yang akan dilakukan oleh seorang ayah yang penyayang". 

Dimuat naik oleh @adventurefinds, video yang meraih lebih 84,400 tontonan itu menunjukkan sebuah kereta sedan putih Mazda 3 di perkarangan kediaman Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB). 

Setiap bahagian kereta itu dipenuhi dengan lukisan bentuk hati, pelangi, figura, bintang dan lebih banyak lagi, sehingga tempat buka pintu juga diconteng dengan nama kanak-kanaknya. 

Pengguna TikTok tersentuh melihat karya seni yang comel dan "tidak ternilai" itu, sambil bertanya "di manakah saya boleh mendapatkan karya seni sebegitu". 

Ada juga yang kagum melihat kereta itu secara nyata dan berkata "ingin melihat lebih banyak kereta sebegitu di jalan raya". 

Seperti yang dikatakan seorang pengguna TikTok dan ditanda 'like' oleh ramai yang lain: "Anda boleh beli lagi kereta, tetapi anak hanya lalui zaman kanak-kanak sekali sahaja". 

"Ini edisi terhad buat pemilik kereta ini sahaja," kata seorang lagi warga net. "Ini tidak boleh dibeli dengan wang!" 

Ramai yang lain juga memuji pemilik kereta itu kerana "dengan rela mengekalkan lukisan itu" dan menggalakkan mereka untuk mendapatkan salutan untuk melindungi karya seni tersebut. 

Sesetengah warga net juga memerhatikan beberapa lukisan itu seolah-olah tidak dilakukan oleh seorang kanak-kanak dan mensyaki ia dibuat seluruh keluarga tersebut. 

Dalam satu sudut, anda boleh melihat lakaran figura seorang ayah, ibu dan dua kanak-kanak kecil. Di belakang kereta pula, terlihat permainan Tic-tac-toe. 

Kata seorang warga net: "Apabila saya melihatnya sebagai seorang asing, saya dapat melihat ibu bapa dan kanak-kanak itu banyak meluangkan masa bersama dan membangunkan memori indah yang tidak dapat dilupakan." 

Sumber : Today/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan