Skip to main content

Singapura

Warga Myanmar berbohong 'matlamat sebenar' anjur kegiatan di kelab masyarakat

Salah seorang warga Myanmar yang dihantar pulang ke negara asalnya kerana menggunakan sebuah kelab masyarakat di sini untuk menggembleng sokongan bagi sebuah kumpulan bersenjata 'tidak jujur' semasa membuat tempahan bagi kemudahan itu, menurut pihak berkuasa pada Khamis (18 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Myanmar berbohong 'matlamat sebenar' anjur kegiatan di kelab masyarakat

Lambang Persatuan Rakyat (PA)

Diterbitkan : 18 Jul 2019 10:08PM Dikemas Kini : 18 Jul 2019 10:28PM

SINGAPURA: Salah seorang warga Myanmar yang dihantar pulang ke negara asalnya kerana menggunakan sebuah kelab masyarakat di sini untuk menggembleng sokongan bagi sebuah kumpulan bersenjata 'tidak jujur' semasa membuat tempahan bagi kemudahan itu, menurut pihak berkuasa pada Khamis (18 Jul).

"Bagi acara tersebut, siasatan kami mendapati bahawa individu itu tidak jujur dan telus, sebaliknya mendakwa bahawa tempahan itu untuk satu ceramah kesihatan bagi syarikatnya," menurut Persatuan Rakyat (PA) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataan bersama tanpa mendedahkan kelab masyarakat tersebut.

"Ia jelas dinyatakan dalam borang permohonan kami bahawa kemudahan itu tidak boleh digunakan untuk tujuan agama, politik atau perkara-perkara yang menyalahi undang-undang."

Pada 10 Julai, MHA mengumumkan bahawa beberapa orang rakyat Myanmar diusir dari Singapura dan dihantar pulang ke negara mereka selepas menggembleng sokongan untuk "keganasan bersenjata terhadap pemerintah Myanmar".

MHA mendedahkan bahawa mereka baru saja menyambut ulang tahun ke-10 penubuhan Tentera Arakan (AA) dan sayap politiknya, Liga Arakan Bersatu. AA diisytiharkan oleh pemerintah Myanmar sebagai sebuah kumpulan pengganas.

Insiden tersebut mendorong dua individu untuk menyuarakan kebimbangan dalam surat berasingan yang diterbitkan oleh The Straits Times, dengan salah seorang daripada mereka bertanya sama ada kakitangan kelab masyarakat menjalankan pemeriksaan apabila "warga asing" menggunakan dewan kelab masyarakat untuk sebarang kegiatan.

"Kelab masyarakat pada dasarnya adalah tempat untuk aktiviti berteraskan rakyat dan malangnya rakyat Myanmar menggunakannya untuk tujuan politik mereka dan bagi insiden ini ia mencabuli amanah," tulis Gabriel Cheng dalam suratnya yang diterbitkan pada 16 Jul.

Dalam kenyataan bersama, PA dan MHA menegaskan bahawa kemudahan masyarakat terbuka kepada orang awam untuk "kegiatan sosial dan riadah", sambil menekankan bahawa mereka yang menempah kemudahan itu mesti "membuat pengisytiharan dengan jujur" tentang tujuan tempahan mereka.

"Orang awam yang melihat sesuatu yang luar biasa di premis kelab masyarakat boleh memaklumkan kakitangan kami yang bertugas."

Agensi-agensi itu juga mengingatkan penganjur acara supaya memohon permit dan lesen yang sewajarnya untuk acara mereka, dengan menyatakan bahawa perhimpunan awam di Singapura dikawal di bawah Akta Ketenteraman Awam (POA).

"Namun polis tidak akan meluluskan sebarang permit untuk majlis yang dianjurkan oleh atau melibatkan bukan warga Singapura yang mempunyai tujuan politik, termasuk menyokong atau menentang perjuangan politik negara-negara lain."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita