Skip to main content

Singapura

Warga M'sia ditangkap selepas dadah ditemui dalam bas di Woodlands

Seorang warga Malaysia ditangkap Sabtu lalu (25 Nov) selepas dadah ditemui tersembunyi dalam sebuah bas penumpang yang berdaftar di Singapura, yang tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands pagi itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga M'sia ditangkap selepas dadah ditemui dalam bas di Woodlands

Antara dadah yang dirampas. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 27 Nov 2017 10:06PM Dikemas Kini : 27 Nov 2017 10:19PM

SINGAPURA: Seorang warga Malaysia ditangkap Sabtu lalu (25 Nov) selepas dadah ditemui tersembunyi dalam sebuah bas penumpang yang berdaftar di Singapura, yang tiba di Pusat Pemeriksaan Woodlands pagi itu.

Sekitar 8.30 pagi, para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menemui sekitar 31 gram dadah Ice, 25 pil Ecstasy, 10 "pil berwarna hitam" dan enam botol "cecair yang disyaki mengandungi dadah terkawal", menurut pihak penguasa itu dalam satu kenyataan bersama dengan Biro Narkotik Pusat (CNB).

Dadah tersebut ditemui tersembunyi di "panel bahagian kiri" dan di bawah tempat duduk bas itu, menurut kenyataan berkenaan.

Dengan menggunakan rakaman kamera yang terdapat dalam bas itu, para pegawai mengenal pasti lelaki yang disyaki sebagai pengimport dadah dan menahannya sedang dia cuba meninggalkan Singapura dari Pusat Pemeriksaan Woodlands. Dia seorang warga Malaysia berusia 29 tahun.

Mediacorp difahamkan bahawa lelaki tersebut merupakan salah seorang penumpang bas itu.

Individu yang sabit kesalahan mengimport secara haram dadah terkawal Class A boleh dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya lima tahun dan hukuman sebat sebanyak lima kali.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita