Warga Kemboja dipenjara 13 bulan, yang pertama disabitkan kesalahan dalam kes pengubahan wang haram
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Suspek pertama yang mengaku bersalah dalam kes pengubahan wang haram terbesar di Singapura, pada Selasa (2 Apr) didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara selama 13 bulan di mahkamah daerah.
Su Wenqiang, 32 tahun, mengaku bersalah kepada 11 dakwaan pengubahan wang haram, menyimpan keuntungan yang diraih daripada kesalahan berjudi, selain berbohong untuk mendapatkan pas kerja buat dirinya dan isterinya.
Aset bernilai lebih S$3 bilion dirampas atau dibekukan dalam kes itu. Ini menjadikannya salah satu operasi pengubahan wang haram terbesar di dunia.
Su dalam kalangan 10 suspek yang diberkas dalam serbuan yang dijalankan polis sejak Ogos lalu.
Warga Kemboja itu, yang pasportnya menyatakan dirinya dari Fujian, diberkas semasa berada di dalam banglo mewah di Lewis Road, Bukit Timah.
Pihak berkuasa merampas lebih S$5.9 juta daripada Su, dalam bentuk wang tunai, kenderaan, barangan mewah dan minuman keras.
Pada Isnin, dia hadir di mahkamah menerusi satu pautan video dan mengaku bersalah menyimpan S$601,706, iaitu jumlah keseluruhan yang dikaut daripada perjudian haram yang dianjurkan dari jarak jauh.
Butiran mengenai perniagaan perjudian haram berkenaan adalah anak kunci kepada kes yang dibangkitkan di mahkamah ini, di samping penglibatan Su.
Su tinggal di Manila semasa dia melakukan perjudian online. Dia mengenali seorang individu yang dinamakan sebagai "A" sahaja dalam dokumen mahkamah.
Individu itu, A, terlibat dalam perbuatan menyediakan khidmat perjudian jarak jauh kepada mereka yang tinggal di China.
Operasi ini berpangkalan di Filipina dan membabitkan satu laman yang boleh diakses pengguna dari China menggunakan telefon mereka.
Taruhan di laman berkenaan diharamkan di China, jelas pihak pendakwa.
Su terlibat dalam operasi ini. Dia menguruskan kakitangan yang mengendalikan laman perjudian, dan juga menguruskan taruhan yang diterima menerusi komunikasi tidak secara bersemuka.
Dia layak mendapatkan sebahagian daripada keuntungan yang dikaut daripada perjudian haram itu.
Su juga mendapat tahu orang yang bertanggungjawab dalam operasi itu adalah seorang individu yang tidak dikenali dari Taiwan, kata para pendakwa.
Pada 2021, Su berpindah ke Singapura kerana isterinya mahu anak-anak mereka bersekolah di sini. Beliau terus terlibat dalam perusahaan perjudian itu, dan kerap terbang ke Filipina untuk bekerja.

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.