Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga Generasi Merdeka di Punggol diiktiraf hari ini

Barangan perubatan dan biskut-biskut diberikan secara percuma kepada golongan Generasi Merdeka di kawasan Punggol hari ini (22 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Sep 2019 06:24PM Dikemas Kini : 22 Sep 2019 10:13PM

SINGAPURA: Barangan perubatan dan biskut-biskut diberikan secara percuma kepada golongan Generasi Merdeka di kawasan Punggol hari ini (22 Sep).

Mereka diiktiraf dalam satu majlis penghargaan yang diadakan di Sekolah Rendah Punggol Green.

Lebih 1,500 orang menghadiri acara itu dengan para AP kawasan ini mengucapkan terima kasih kepada golongan Generasi Merdeka atas sumbangan besar dan pengorbanan peribadi mereka dalam membina negara yang kukuh dan boleh dibanggakan.

Warga tua itu juga menerima balang yang diisi dengan barangan perubatan, kesihatan dan biskut.

Para penduduk juga dapat menikmati suasana yang bertemakan nostalgia, muzik dan makanan percuma.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan