Warga emas timba kemahiran digital sambil kenali Geylang Serai dengan lebih dekat
SINGAPURA: Warga emas boleh mempelajari pelbagai kemahiran digital sambil mengenali lebih dekat kawasan Geylang Serai yang bersejarah.
Sempena Pesta Digital for Life, edisi digital Jejak Warisan Geylang Serai dilancarkan hari ini (29 Mei).
Para peserta boleh mengimbas kod QR, yang membawa mereka ke portal Jejak Warisan Geylang Serai.
Ini bagi menjejaki sejarah di sebalik tempat-tempat tumpuan semasa lawatan berpandu yang meliputi kawasan antara Lorong 22 Geylang hingga ke Eunos Crescent.
Mereka juga ditunjuk ajar bagaimana untuk berkongsi detik-detik menarik sepanjang perjalanan mereka di media sosial atau berkongsi dengan sahabat handai.
Para peserta warga emas ini menggunakan aplikasi mudah alih untuk mencari arah.
Bagi menggalak gaya hidup sihat, mereka dipelawa menjejaki bilangan langkah menerusi aplikasi Healthy365.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.