Skip to main content

Singapura

Warga emas SG boleh pasang gigi palsu lebih cepat, murah

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas SG boleh pasang gigi palsu lebih cepat, murah

(Gambar hiasan: Diana Polekhina/Unsplash)

SINGAPURA: Warga emas yang perlukan gigi palsu, tidak lama lagi boleh berbuat demikian dengan lebih cepat dan murah.

Pusat Pergigian Nasional Singapura (NDCS) dan A*STAR berjaya membangunkan cara baharu untuk membuat gigi palsu sedemikian.

Pusat tersebut menganggarkan bahawa permintaan bagi perkhidmatan gigi palsu di Singapura akan meningkat tiga kali ganda menjelang 2035, untuk memenuhi keperluan golongan penduduk yang menua.

Menerusi teknologi pemasangan gigi palsu baharu, gigi pesakit diimbas dahulu dan sebuah model tiga-dimensi dihasilkan serta-merta.

Reka bentuk gigi palsu boleh disesuaikan sebelum pemasangan terakhir dibuat.

Proses tersebut mengurangkan keperluan untuk datang ke klinik daripada lima kepada tiga kali, sekali gus kurang tenaga kerja diperlukan, dan pesakit juga dapat menjimatkan kos.

"Dari segi kos, pada masa ini kerana ia sangat baharu, kami belum muktamadkan kos untuk pesakit," jelas Ketua Penyiasat Utama NDCS, Prof Madya Yu Na.

"Tetapi kami anggarkan ia dapat menjimatkan kos dalam segi kurang lawatan diperlukan, sekurang-kurangnya kos pengangkutan dan masa bagi pesakit dan keluarga mereka," tambah beliau.
Sumber : CNA/QA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita