Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga emas, penghuni flat awam lebih cenderung jadi mangsa berita palsu di S'pura: Tinjauan IPS

Golongan tertentu seperti warga emas berusia 60 tahun ke atas serta mereka yang tinggal di rumah lebih kecil lebih cenderung menjadi mangsa kepalsuan di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas, penghuni flat awam lebih cenderung jadi mangsa berita palsu di S'pura: Tinjauan IPS

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 17 Dec 2020 08:16PM Dikemas Kini : 17 Dec 2020 08:21PM

SINGAPURA: Golongan tertentu seperti warga emas berusia 60 tahun ke atas serta mereka yang tinggal di rumah lebih kecil lebih cenderung menjadi mangsa kepalsuan di Singapura.

Satu tinjauan oleh Institut Kajian Dasar (IPS) mendapati bahawa golongan emas lebih berkemungkinan tidak mempunyai kemahiran digital yang betul untuk mengenal pasti berita palsu.

Ini kerana mereka lebih terbiasa dengan 'media warisan' - seperti TV dan cetakan.

Bagi mereka yang tinggal di rumah flat satu hingga tiga bilik, kekurangan akses kepada peranti digital merupakan sebab mereka lebih cenderung menjadi mangsa kepalsuan.

Tinjauan tersebut juga mengetengahkan beberapa saranan agar golongan lebih mudah terjejas menjadi lebih celik digital dan mendidik masyarakat tentang bagaimana industri teknologi dan media berfungsi.

Ia juga percaya bahawa lebih banyak usaha perlu dijalankan untuk menangani masalah ini menerusi kumpulan-kumpulan sosial.  

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan