Skip to main content

Singapura

Warga emas maut dikelar di kondominium Marine Parade; lelaki 23 tahun diberkas

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas maut dikelar di kondominium Marine Parade; lelaki 23 tahun diberkas
Laguna Park. (Gambar: Google Street View)
Diterbitkan : 14 Nov 2025 11:21AM Dikemas Kini : 14 Nov 2025 11:22AM
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 68 tahun meninggal dunia di hospital selepas dikelar pada tengah hari Khamis (13 Nov) di sebuah kondominium di Marine Parade.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan mengenai kes tersebut sekitar pukul 12.45 tengah hari di 5000C Marine Parade Road - alamat bagi kondominium Laguna Park.

Lelaki berusia 68 tahun itu ditemui cedera di lokasi kejadian dan dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedar. Beliau kemudian meninggal dunia di hospital, menurut polis pada Jumaat (14 Nov) semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.

"Seorang lelaki 23 tahun diberkas atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya," tambah polis.

Dua pisau lipat turut dirampas.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu Mediacorp pihaknya menerima panggilan meminta bantuan sekitar pukul 1.10 tengah hari pada Khamis di lokasi yang sama, sambil menambah seorang lelaki dihantar ke Hospital Besar Changi (CGH).

Siasatan sedang dijalankan.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita