Skip to main content

Singapura

Warga emas manfaatkan semangat Hari Kebangsaan untuk kekal aktif

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menjelang Hari Kebangsaan Singapura ke-59 tahun pada Jumaat (9 Ogos) warga emas di merata negara nampaknya giat melakukan aktiviti yang membantu mereka menua dengan sihat.

Mereka bahkan mendampingi masyarakat dalam usaha untuk kekal aktif secara fizikal dan mental.

Para relawan dari pusat penuaan aktif PCF Sparkle Care AAC, misalnya, membuat persembahan bagi menghidupkan semangat kenegaraan dalam kalangan warga emas.

Lebih menarik lagi, ia menghimpunkan generasi muda dan tua dalam acara yang sama.

Seorang relawan PCF Sparkle Care AAC, Juriah Sahat, berkongsi: "Saya gembira menjadi relawan AAC Sparkle Care dan dapat berjumpa dengan orang-orang tua, berbincang dengan mereka, dapat menolong mereka, bawa mereka ke mana-mana, membantu mereka dan berbual dengan mereka."

Di Punggol pula, warga emas berpakaian merah putih memanaskan tubuh dengan menyanyikan lagu-lagu Hari Kebangsaan.

Ia dilakukan sedang mereka berlatih bagi acara 'ruck' sejauh 4 kilometer, di mana peserta akan berjalan sambil memikul muatan.

Matlamatnya, untuk mengumpulkan S$500,000 bagi membiayai pelbagai program sosial.
Sumber : CNA/FZ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita