Skip to main content

Singapura

Warga emas didakwa lakukan penipuan diberkas selepas muncul dalam dokumentari jenayah di Netflix

Seorang wanita British berusia 84 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes penipuan.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas didakwa lakukan penipuan diberkas selepas muncul dalam dokumentari jenayah di Netflix

Jika sabit kesalahan, wanita tersebut boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 05 Apr 2025 10:47AM Dikemas Kini : 05 Apr 2025 10:48AM
SINGAPURA: Seorang wanita British berusia 84 tahun ditangkap kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes penipuan.

Penangkapan tersebut dibuat selepas mangsa-mangsa melihat wanita berkenaan diketengahkan sebagai seorang penipu dalam sebuah dokumentari, menurut pihak polis pada Jumaat (4 Apr).

Mediacorp difahamkan bahawa dokumentari terbabit berjudul 'Con Mum'.

Berdasarkan sinopsis dokumentari jenayah terbabit, ia memaparkan kisah mengenai seorang cef di mana kehidupannya "berubah dengan ketara apabila seorang wanita yang berulang-alik menaiki jet peribadi, meminum arak dan tinggal di hotel mewah mendakwa dirinya sebagai ibunya."

Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan bahawa mereka menerima beberapa aduan sejak 28 Mac daripada mangsa yang didakwa telah ditipu wanita berkenaan melalui tawaran pelaburan palsu dan dakwaan mengenai harta pusaka.

Sebagai sebahagian daripada urusan untuk menerima wang daripada pelaburan dan pusaka itu, mangsa diarah untuk memindahkan wang bagi bayaran guaman disamping membuka akaun bank di luar negara.

Wanita itu didakwa berjanji kepada para mangsa bahawa mereka akan dibayar semula melalui wang pusakanya.

Mangsa, yang mempercayai bahawa peluang pelaburan dan harta pusaka itu adalah benar, membuat beberapa pemindahan wang kepada wanita berkenaan.

"Mangsa hanya menyedari bahawa mereka (telah) ditipu selepas wanita itu dipaparkan sebagai penipu dalam sebuah dokumentari," kata SPF.

Melalui siasatan lanjut, pihak polis berjaya mengenal pasti identiti wanita itu dan memberkasnya pada 28 Mac.

Siasatan awal mendapati bahawa wanita tersebut dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya lima kes penipuan dengan jumlah kerugian melebihi S$200,000.

Dia akan didakwa di mahkamah pada Sabtu atas kesalahan melakukan penipuan melalui representasi palsu di bawah Seksyen 424A Kanun Keseksaan 1871.

Kesalahan tersebut membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda, atau kedua-duanya sekali.

"Polis mengambil pandangan serius terhadap mana-mana orang yang melakukan penipuan, dan pelaku akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang," kata SPF.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita