Skip to main content

Singapura

Warga emas 82 tahun dilapor hilang sudah ditemui

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas 82 tahun dilapor hilang sudah ditemui

(Gambar: SPF)

Diterbitkan : 11 May 2025 04:53PM Dikemas Kini : 11 May 2025 07:40PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) memaklumkan dalam kemas kininya bahawa warga emas berusia 82 tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini, sudahpun ditemui.

Awal dari itu, SPF merayu kepada orang ramai supaya memberikan maklumat mengenai Encik Yusoff Radi Nola yang berusia 82 tahun.

Menurut kenyataan SPF pada Ahad (11 Mei), Encik Yusoff kali terakhir dilihat di Pusat Pertukaran Bas Tampines pada Sabtu, 10 Mei, sekitar 4.30 petang.

SPF juga sebelum ini menyatakan, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi polis menerusi hotline 1800-255-0000 atau secara online di www.police.gov.sg/iwitness.

Semua maklumat yang diterima akan dirahsiakan.

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita