Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga AS diserah ke SG; didakwa atas skim pelaburan penipuan bernilai S$18 juta

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 50 tahun diserah balik ke Singapura dari Amerika Syarikat (AS) dan didakwa pada Isnin (3 Apr) atas satu skim pelaburan penipuan bernilai S$18 juta.

Warga AS Michael Philip Atkins ialah seorang pengarah dan pemegang saham di syarikat Aureus Capital. Antara Mei 2013 hingga Julai 2014, syarikat tersebut menawarkan satu skim pelaburan di mana ia akan mendagangkan pertukaran asing berkeumpilan bagi pihak para pelabur.

Skim tersebut mengumpulkan lebih S$18 juta dari lebih 1,000 perlabur, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).

Syarikat tersebut, bagaimanapun, tidak mengendalikan kegiatan perdagangan substantif dan tidak mempunyai kaedah yang mampan untuk membiayai operasinya mahupun pembayaran yang dijanjikan kepada para pelaburnya, tambah SPF.

Ketika siasatan polis dijalankan ke atas syarikat Aureus Capital pada Julai 2014, Atkins diberkas dan dibebaskan dengan ikat jamin.

Dia kemudian gagal melaporkan diri kepada pihak polis bagi siasatan sepertimana yang diperlukan. Waran tangkap dan Notis Merah Interpol dikeluarkan terhadapnya.

Atkins dikesan oleh pihak berkuasa ke AS dan diserahkan kembali ke Singapura pada 18 Mac.

Dia didakwa pada Isnin kerana menjadi pihak yang menjalankan sebuah perniagaan bagi tujuan penipuan.

Jika disabit bersalah, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda tidak melebihi S$15,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan