Skip to main content

Singapura

Warga China dijel 20 minggu; serang rakan pekerja hijrahan di dormitori Jurong

Anggaran Waktu Membaca:
 Warga China dijel 20 minggu; serang rakan pekerja hijrahan di dormitori Jurong

(Gambar fail: Jeremy Long/CNA)

SINGAPURA: Naik berang terhadap sikap seorang penghuni dormitori yang mengetuk penutup botol pada meja, seorang pekerja hijrahan memutuskan untuk menyerang mangsa menggunakan kedua-dua tangannya dan kemudian menggunakan batang penyapu dan kerusi plastik sebagai senjata.

Apabila mangsa menumbuknya pada bahagian belakang badannya, warga China Yan Jijiang, 36 tahun, menyambar sebilah pisau dan senduk besi dan bersemuka dengan mangsa. Mangsa berjaya melarikan diri daripada perkelahian itu dengan beberapa kecederaan pada tubuhnya, namun tidak mendapatkan rawatan perubatan.

Pada Khamis (22 Dis) Yan dijatuhi hukuman penjara selama 20 minggu selepas mengaku bersalah atas tiga tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan, menceroboh dan mencuri.

Dua lagi tuduhan turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Hakim Daerah, Ow Yong Tuck Leong, menyifatkan serangan Yan ke atas pekerja hijrahan itu sebagai "kejam dan tanpa provokasi".

Atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan, Yan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda tidak lebih daripada S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Atas kesalahan menceroboh dengan niat untuk melakukan jenayah, dia boleh dipenjara sehingga tiga bulan, atau didenda sehingga S$1,500, atau kedua-duanya sekali.

Seseorang yang didapati bersalah atas tuduhan mencuri boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita