Warga China didakwa mewakilkan warga Singapura untuk membeli rumah privet
Seorang warga China didakwa di mahkamah hari ini (13 Dis) kerana mewakilkan seorang rakyat Singapura untuk membeli hartanah persendirian pada tahun 2014 dan mengamanahkan hartanah tersebut atas nama rakyat singapura itu.
(Gambar: Google Maps)
SINGAPURA: Seorang warga China didakwa di mahkamah hari ini (13 Dis) kerana mewakilkan seorang rakyat Singapura untuk membeli hartanah persendirian pada tahun 2014 dan mengamanahkan hartanah tersebut atas nama rakyat singapura itu.
Dokumen mahkamah mengenal pasti warga China itu sebagai Chen Xiaopu, 39 tahun, dan hartanah kediaman itu sebagai Belgravia Villas di Ang Mo Kio.
Chen berkata warga Singapura, yang namanya dalam dokumen mahkamah tertera sebagai Song Fanrong, memberitahu bahawa dia tidak layak membeli hartanah menggunakan naman sendiri memandangkan dia seorang warga asing, menurut polis dalam kenyataan media
Hartanah-hartanah privet termasuk tanah kediaman yang kosong, rumah teres, rumah banglo atau rumah sebuah, rumah kedai bukan untuk kegunaan komersial serta premis-premis persatuan.
Song dipercayai menawarkan untuk membeli hartanah tersebut bagi pihak Chen dan memindahkan pemilikan hartanah kepada Chen sebaik sahaja Chen mendapat kerakyatan Singapura ataupun status Penduduk Tetap (PR).
Chen kemudian "menerima tawaran tersebut dan membuat sebahagian bayaran kepada Song untuk membeli rumah itu," menurut pihak polis.
"Warga Singapura itu didakwa membuat perjanjian jual beli bersama pemaju rumah privet tersebut," tambah polis.
Jika disabit kesalahan, Chen boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$100,000 atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.