Warga China didakwa di mahkamah; palsukan memo doktor tentang status vaksin COVID-19
Seorang lelaki berusia 30 tahun didakwa hari ini (15 Sep) kerana memalsukan memorandum seorang doktor untuk menunjukkan bahawa dia sudah menerima vaksin COVID-19 yang penuh.

Gambar fail: Calvin Oh
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 30 tahun didakwa hari ini (15 Sep) kerana memalsukan memorandum seorang doktor untuk menunjukkan bahawa dia sudah menerima vaksin COVID-19 yang penuh.
Zhang Shaopeng, seorang warga China, dipercayai memalsukan dokumen dari Raffles Medical pada atau sebelum 1 September lalu.
Dia mengubah memorandum yang bertarikh 26 Ogos 2021, dengan meletakkan namanya, "dengan niat melakukan penipuan supaya boleh dipercayai bahawa anda sudah menerima vaksin lengkap COVID-19", menurut dokumen mahkamah.
Polis menyatakan dalam satu kenyataan media pada Selasa malam bahawa Zhang dipercayai menunjukkan memo palsu itu supaya dia dapat makan di sebuah kedai makanan dan minuman di Orchard Road.
Namun kakitangan itu mengesyaki bahawa memo tersebut mungkin dipalsukan lalu menyuruh lelaki itu meninggalkan kedai.
Dia mematuhi arahan dan perkara itu dilaporkan kepada polis. Zhang diberkas pada Selasa (14 Sep).
Dia boleh dikenakan hukuman penjara selama empat tahun dan didenda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.