Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga Britain didenda S$3,000; berkumpul dengan 11 orang di Pulau Sakijang Pelepah semasa penularan COVID-19

Seorang lelaki didenda S$3,000 pada Rabu (14 Okt) kerana bertemu dengan 11 orang lain bagi satu perhimpunan sosial di Pulau Sakijang Pelepah (Lazarus Island), sekali gus melanggar larangan yang mengharamkan perhimpunan sedemikian semasa penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Britain didenda S$3,000; berkumpul dengan 11 orang di Pulau Sakijang Pelepah semasa penularan COVID-19

Seorang lelaki didenda S$3,000 pada Rabu (14 Okt) kerana bertemu dengan 11 orang lain bagi satu perhimpunan sosial di Pulau Sakijang Pelepah (Lazarus Island). (Gambar: Facebook/San Kee Lim)

Diterbitkan : 14 Oct 2020 07:30PM Dikemas Kini : 14 Oct 2020 07:33PM

SINGAPURA: Seorang lelaki didenda S$3,000 pada Rabu (14 Okt) kerana bertemu dengan 11 orang lain bagi satu perhimpunan sosial di Pulau Sakijang Pelepah (Lazarus Island), sekali gus melanggar larangan yang mengharamkan perhimpunan sedemikian semasa penularan COVID-19.

Paul Jonathon Gold, seorang warga Britain berusia 32 tahun, adalah yang pertama daripada kumpulan itu yang mengaku bersalah atas tuduhan berhimpun dengan para individu lain di luar rumahnya dan bukan atas urusan kerja.

Turut dituduh adalah: Warga Britain Jeff Richard Alexander, 31; Zoe Louise Cronk, 30; Joshua Adam Roth, 31; Lowri Mair Jeffs, 31; Edward John Joseph Lee-Bull, 32; William Edwin Dunford, 32; James Riby Oram Trimming, 30; Richard Henri Lagesse, 31; Helen Ann Sullivan, 30; warga Vietnam Luong Thi Thu Ha, 31, dan rakyat Singapura Natalie Joanna Sarkies.

Mahkamah diberitahu bahawa 12 orang menaiki feri dari Singapura ke Pulau Sekijang Bendera (St John's Island) sekitar pukul 11.00 pagi pada 2 Ogos tahun ini, sebelum berjalan di pantai pulau itu dan melakukan aktiviti beriadah secara beramai-ramai.

Pada hari yang sama, mereka menaiki feri untuk pulang ke tanah besar Singapura dan Sarkies memuat naik gambar kumpulan itu ke Instagram. Gambar itu kemudian dikongsi di beberapa platform, menarik perhatian ramai.

Timbalan Pendakwa Raya Timotheus Koh mengusulkan denda sekurang-kurangnya S$3,000, menukil kes-kes lalu yang serupa sambil mengatakan bahawa Gold tidak melakukan kesalahan sebelum ini.

Peguam Gold, Anil Singh pula meminta denda antara S$2,000 hingga S$2,500, sambil berkata bahawa anak guamnya baru mula bekerja pada Januari tahun lalu, tetapi diberhentikan kerja disebabkan oleh insiden itu.

Atas kesalahan melanggar peraturan COVID-19, Gold boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan