Warga baru S'pura, PR sertai kegiatan pungut sampah di Nee Soon
Sekumpulan warga baru yang tinggal di Nee Soon menyertai para penduduk yang lain untuk membersihkan kawasan tempat tinggal mereka itu hari ini (6 Jan).
SINGAPURA: Sekumpulan warga baru yang tinggal di Nee Soon menyertai para penduduk yang lain untuk membersihkan kawasan tempat tinggal mereka itu hari ini (6 Jan).
Mereka diundang khas untuk menyertai kegiatan bulanan pungut sampah bagi membantu mereka bersatu dengan anggota masyarakat yang lain.
Kegiatan mengutip sampah itu dilakukan setiap bulan sejak ia dimulakan pada Oktober 2012. Ia disertai para penduduk pelbagai usia.
Bagaimanapun buat julung-julung kalinya, rakyat baru dan Penduduk Tetap Singapura (PR) di kawasan Nee Soon diajak sama untuk menyertai kegiatan tersebut.
Pihak penganjur berkata sekitar 20 keluarga rakyat baru dan PR menyertainya.
Menurut Kelab Masyarakat Nee Soon, kegiatan itu merupakan salah satu cara untuk membantu menambah pengalaman serta mengenalkan mereka dengan budaya Singapura.
Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Dr Lee Bee Wah, juga menyertai usaha tersebut.
"Saya datang ke Singapura pada 1980 untuk menuntut di sini. Saya berpendapat apa yang lebih penting adalah kita perlu bercampur dengan rakyat Singapura yang lain dan jangan bentuk kumpulan sendiri," katanya.
Satu karnival turut diadakan, sekaligus memberi satu lagi ruang untuk para penduduk saling berkenalan antara satu sama lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.