Warga Bangladesh ini selamatkan anak kucing di Waterway Point
Dalam satu percubaan hampir sejam pada Rabu (26 Dis) malam, orang awam berganding bahu untuk menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di celah-celah jeriji yang terletak lima meter dari tanah, di luar Waterway Point di Punggol.
Anak kucing yang diselamatkan dari luar Waterway Point (Gambar: Ian Cheng)
SINGAPURA: Dalam satu percubaan hampir sejam pada Rabu (26 Dis) malam, orang awam berganding bahu untuk menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap di celah-celah jeriji yang terletak lima meter dari tanah, di luar Waterway Point di Punggol.
Orang ramai mula berkerumun di luar pusat beli-belah itu sekitar 9.40 malam apabila terdengar bunyi kucing.
Seorang kontraktor yang dihubungi pengawal keselamatan Waterway Point cuba menyelamatkan kucing itu menggunakan tangga tetapi tidak berhasil.
Seorang pekerja hospital Kim Hock, 43 tahun, menemui tangga yang cukup tinggi untuk sampai ke anak kucing itu.
Seorang pekerja warga Bangladesh Hasan Md Ashik, 29 tahun, yang ketika itu sedang menunggu pengangkutan untuk pulang, terlihat kejadian dan membantu untuk menyelamatkan anak kucing tersebut.
"Saya berfikir tentang bagaimana untuk menyelamatkan kucing itu dan ingin bertanya bagaimana untuk melakukannya. Namun apabila ternampak tangga itu, saya fikir saya perlu segera membantu dan terus bertindak untuk menyelamatkannya," kata Encik Hasan.
Beliau dibantu oleh Encik Nicholas Lim, 31 tahun, yang turut memanjat tangga itu untuk memecahkan jeriji. Encik Hasan kemudian dapat membawa turun anak kucing tersebut.
Seorang pelajar bernama Samantha Chng yang melihat kejadian tersebut kemudian mengambil kucing itu untuk memeliharanya.
Anak kucing itu dibawa ke doktor haiwan oleh Cik Chng, 22 tahun, yang akan memeliharanya buat sementara waktu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.