Skip to main content

Singapura

Warga Bangladesh dihukum penjara 15 tahun dalam serangan maut ketua sindiket rokok terlarang

Seorang lelaki yang asalnya didakwa membunuh berhubung kematian seorang ketua sindiket rokok terlarang dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 15 sebatan pada Isnin (20 Jul) bagi tuduhan lebih ringan iaitu menyebabkan kecederaan parah.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Bangladesh dihukum penjara 15 tahun dalam serangan maut ketua sindiket rokok terlarang

Pintu masuk Mahkamah Agung di Singapura.

Diterbitkan : 20 Jul 2020 08:58PM Dikemas Kini : 20 Jul 2020 09:00PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang asalnya didakwa membunuh berhubung kematian seorang ketua sindiket rokok terlarang dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 15 sebatan pada Isnin (20 Jul) bagi tuduhan lebih ringan iaitu menyebabkan kecederaan parah.

Warga Bangladesh, Miya Manik, 31 tahun, didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan parah dengan menggunakan pisau pemotong daging untuk mengelar mangsa dan menyebabkan kematiannya pada September 2016.

Miya menyerang Munshi Abdur Rahim, ketua sindiket yang juga pesaingnya untuk merebut kuasa sebuah padang dekat sebuah dormitori pekerja asing di mana mereka melonggokkan barangan larangan yang dijual bersama dua lagi lelaki yang hanya dikenali sebagai Aziz dan Mitho.

Mangsa ditikam beberapa kali semasa pergaduhan antara dua sindiket itu, tetapi Munshi mati akibat kecederaan parah di bahagian kakinya.

Hakim membebaskan Miya daripada tuduhan membunuh kerana beliau mendapati tidak selamat untuk mensabit kesalahan bagi hukuman mati ke atasnya, disebabkan terdapat keraguan munasabah dalam kedua-dua kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwa.

Kedua-dua pihak pembela dan pendakwa tidak meminta hukuman penjara seumur hidup, iaitu hukuman yang boleh dijatuhkan bagi tuduhan baru itu.

Sebaliknya, pihak pendakwa meminta hukuman penjara maksimum 15 tahun dan sebat 15 kali, manakala peguam bela Chooi Jing Yen memohon hukuman penjara 10 tahun dan 10 kali sebatan.

Hakim Valarie Thean tidak bersetuju dengan hujah-hujah pihak pembela bahawa Miya benar-benar sudah menyesali perbuatannya dan bekerjasama dalam siasatan. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita