Warga Bangladesh didakwa bunuh wanita Indonesia di hotel Geylang
Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di mahkamah pada Rabu (2 Jan) atas pembunuhan seorang wanita rakyat Indonesia.
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di mahkamah pada Rabu (2 Jan) atas pembunuhan seorang wanita rakyat Indonesia.
Ahmed Salim, 30 tahun, dituduh membunuh Nurhidayati Wartono Surata, 34 tahun, di bilik nombor 307 Hotel Golden Dragon, antara 5.00 petang dengan 8.12 malam pada 30 Disember.
Ahmed, yang mengenali mangsa, didakwa melakukan pembunuhan itu dua hari sebelum hari ulang tahunnya pada 1 Januari.
Polis dimaklumkan tentang pembunuhan tersebut sekitar 10:45 malam.
Mangsa yang ditemui tidak bergerak dan terbaring di bilik hotel yang terletak di 61 Westerhout Road, kemudian diisytiharkan meninggal dunia oleh para anggota paramedik.
Jika sabit kesalahan, Ahmed menghadapi hukuman mati. Dia ditahan reman bagi membantu siasatan polis dan akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi pada 9 Januari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.