Warga baharu perkaya SG, bantu rancakkan ekonomi: SM Lee
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Warga baharu memperkayakan Singapura dan merancakkan ekonomi negara "dengan cara tidak ternilai", kata Menteri Kanan Lee Hsien Loong pada Ahad (9 Mac).
Berucap di majlis warga baharu Teck Ghee di Politeknik Nanyang pada Ahad (9 Mac), Encik Lee berkata warga baharu Singapura membawa pengalaman baharu, perspektif yang rencam dan ketersambungan global.
Ini dapat membantu Singapura berhubung dengan seluruh dunia dan berkembang maju sebagai sebuah hab serantau dan nadi global.
"Beginilah bagaimana bandar-bandar seperti London, New York atau Shanghai menjadi pusat kebudayaan dan kemakmuran yang hebat. Mereka menarik individu dari seluruh dunia yang berdaya usaha dan berani menempuh cabaran untuk bermastautin dan bekerja di negara mereka.
"Dan kemasukan secara berterusan para pendatang asing menajamkan penduduk tempatan, mencetuskan perkongsian silang budaya dan idea, serta mewujudkan persekitaran dengan inovasi dan perusahaan yang berterusan," katanya.
Mengimbas lawatannya ke ibu pejabat Google di Silicon Valley dua tahun lalu, Encik Lee berkata kebanyakan kakitangan yang ditemuinya mempunyai datuk dan nenek yang berasal dari merata dunia.
"Inilah tarikan besar Amerika - ia menarik bakat-bakat utama dari setiap benua, dan lantaran itu ia boleh terus berinovasi dan sentiasa maju," katanya, sambil menambah bahawa Singapura harus sentiasa bersikap terbuka kepada idea dan bakat-bakat dari seluruh dunia.
"Inilah cara bagaimana kita menjadi titik merah yang bersinar. Kerana datuk moyang kita datang ke negara ini dari pelbagai negara, menjadikan tempat ini tanah air mereka dan membangunkan negara ini.
"Dan kita perlu meneruskan usaha itu, untuk lebih maju pada masa hadapan - bukan hanya untuk diri kita, tetapi demi anak-anak dan cucu cicit kita juga."
TERSUSUN DAN SEIMBANG
Pemerintah Singapura "sedia maklum" tentang keperluan menangani imigrasi dan penyepaduan dengan cara yang sensitif, terutama sekali kerana kemasukan warga asing bukan kecil, kata Encik Lee.
Setiap tahun, sekitar 30,000 bayi rakyat Singapura dilahirkan dan Singapura menerima sekitar 22,000 warga baharu.
"Walaupun pada Tahun Naga - tahun lalu - masih belum cukup 30,000 bayi warga tempatan yang dilahirkan. Jadi kita perlu membawa masuk lebih ramai penduduk, lebih ramai bakat, lebih banyak sumbangan," katanya.
Justeru, penting untuk Singapura menangani kemasukan warga asing dengan teliti dan secara berhati-hati dengan memastikan ia dilakukan dengan betul dan seimbang, kata Encik Lee.
Ia juga penting untuk Singapura menumpukan perhatian kepada hubungan dan keharmonian antara kumpulan etnik berbeza dan penduduk di sini, serta menerima individu yang boleh menyesuaikan diri dan menambah nilai kepada masyarakat.
Encik Lee juga menarik perhatian kepada pelbagai cara Singapura menyepadukan warga baharu.
Mereka semua perlu menjalani Perjalanan Kewarganegaraan Singapura sebelum memperolehi status rakyat negara ini.
Pemimpin Integrasi dan Pewarganegaraan dari Persatuan Rakyat (PA) turut mengendalikan program untuk menyambut dan menyepadukan warga baharu ke dalam masyarakat tempatan.
"Saya berharap selepas anda menjadi warga baharu Singapura, anda akan mengambil bahagian sepenuh hati dalam masyarakat, dan berusaha untuk menyesuaikan diri," kata SM Lee kepada para hadirin.
"Pelajari nilai dan norma budaya kami, libatkan diri dan sumbang secara aktif kepada masyarakat di sini."
"PASUKAN SINGAPURA KITA"
Encik Lee berkata warga Singapura yang lain juga harus memainkan peranan mereka, seperti beramah mesra dengan warga baharu yang mungkin jiran tetangga, rakan sekerja atau rakan sekolah mereka.
Beliau juga menggalakkan rakyat Singapura supaya "bersikap muhibah" dan mengalu-alukan warga baharu Singapura sebagai anggota penting "dalam pasukan Singapura kita".
"Untuk membantu warga baharu menyesuaikan diri - berasa selesa di sini, pelajari bagaimana masyarakat kita berfungsi, dan bagaimana kita hidup dengan harmoni.
"Dan menolak sekeras-kerasnya mereka yang mengapi-apikan sentimen anti-pendatang dan xenofobia atas tujuan politik, yang akan membahayakan masyarakat kita."
Menggulung ucapannya, Encik Lee menekankan bagaimana kejayaan Singapura selama ini diraih atas usaha rakyatnya sendiri - mereka yang datang dari tempat yang jauh, anak-anak mereka yang dilahirkan di sini, dan mereka yang datang ke Singapura setiap tahun dari seluruh dunia.
"Selagi kita bersikap terbuka, kita dapat sama-sama membina sebuah negara yang sentiasa bertenaga, bersatu padu dan mempunyai banyak peluang bagi mereka yang menyifatkan Singapura sebagai tanah air mereka."

Sumber : CNA/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.