Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga asing bentuk 90% kemerosotan pengambilan pekerja Jan-Sep

Jumlah mereka yang bekerja di Singapura berkurangan pada suku ketiga tetapi susut pada rentak lebih perlahan, sedang kadar pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk tempatan bangkit semula dengan ketara ke paras sebelum berlaku pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga asing bentuk 90% kemerosotan pengambilan pekerja Jan-Sep

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 17 Dec 2020 12:30PM Dikemas Kini : 17 Dec 2020 12:38PM

SINGAPURA: Jumlah mereka yang bekerja di Singapura berkurangan pada suku ketiga tetapi susut pada rentak lebih perlahan, sedang kadar pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk tempatan bangkit semula dengan ketara ke paras sebelum berlaku pandemik COVID-19.

Mengambil kira penurunan lebih ketara pada pengambilan pekerja bukan penduduk tempatan, warga asing - tidak termasuk para pembantu rumah - membentuk hampir 9 daripada 10 penguncupan pada pengambilan pekerja bagi sembilan bulan pertama tahun ini, dedah Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam laporannya.

Jumlah pengambilan pekerja secara keseluruhannya, tidak termasuk pembantu rumah warga asing, berkurangan sebanyak 29,100 bagi tempoh antara Julai dengan September. Rentak kemerosotannya "jauh lebih perlahan" berbanding kejatuhan sebanyak 103,800 dalam suku kedua.

Sekitar 2.34 juta rakyat Singapura dan Penduduk Tetap diambil bekerja setakat September, menyusuli kebangkitan 43,200 pada suku ketiga. Ini mengimbangi penurunan pada separuh pertama tahun ini. Kadar pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk kini hampir setara dengan paras yang dicatat sebelum pandemik COVID-19. Sekitar 2.35 juta rakyat tempatan diambil bekerja pada September tahun lalu.

Kemajuan itu mencerminkan sokongan "padu" terhadap langkah-langkah mencergaskan pasaran buruh tempatan, seperti menerusi Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) dan program-program di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited, menurut MOM.

Pada sisi lain, kemerosotan pada pengambilan pekerja warga asing terus disaksikan pada suku ketiga - iaitu sebanyak 72,300 - pada rentak lebih pantas berbanding dua suku sebelumnya. Sektor binaan dan pengilangan merupakan antara sektor dengan kemerosotan terbesar.

Secara keseluruhannya bagi sembilan bulan pertama 2020, warga asing membentuk hampir 9 daripada 10 penguncupan pengambilan pekerja. Perangkaan ini, tidak termasuk pembantu rumah warga asing, mencecah 139,100.

Penguncupan pada pengambilan pekerja penduduk tempatan adalah sebanyak 19,600 bagi tempoh yang sama.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan