Skip to main content

Singapura

Warga Amerika dihukum penjara 39 bulan; kendali skim pelaburan palsu bernilai S$18 juta

Anggaran Waktu Membaca:
Warga Amerika dihukum penjara 39 bulan; kendali skim pelaburan palsu bernilai S$18 juta

(Gambar: Franklin County Sheriff's Office)

Diterbitkan : 25 Apr 2024 02:52PM
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Amerika berusia 51 tahun yang diekstradisi ke Singapura tahun lalu dijatuhi hukuman penjara selama 39 bulan pada Khamis (25 Apr) kerana menjalankan skim penipuan pelaburan mata wang asing bernilai berjuta-juta dolar.

Michael Philip Atkins, yang skimnya mengutip kira-kira S$18 juta (AS$13.2 juta) daripada lebih 1,000 pelabur, disabitkan dengan tuduhan menjalankan perdagangan palsu, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).

Atkins, warga Amerika, adalah pengarah dan pemegang saham Aureus Capital. Syarikat itu menawarkan skim pelaburan antara April 2013 dan Julai 2014 di mana ia akan berdagang dalam mata wang asing bagi pihak pelanggan.

Para pelabur telah diperdayakan untuk mempercayai bahawa dana mereka telah dilaburkan dan dagangan Aureus Capital untuk mereka menguntungkan.

Hanya sebahagian kecil daripada dana mereka digunakan untuk berdagang, dengan syarikat itu sebenarnya mengalami kerugian daripada aktiviti perdagangannya.

Polis menyatakan pada tahun lalu bahawa Aureus Capital tidak menjalankan aktiviti perdagangan yang besar dan tidak mempunyai cara yang mampan untuk membiayai operasinya atau pembayaran yang dijanjikan kepada para pelaburnya.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita