Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Waran tangkap terhadap peguam Charles Yeo dilanjutkan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Peguam Charles Yeo Yao Hui yang melarikan diri dari Singapura meskipun dakwaan jenayah ke atasnya masih belum selesai, terus berada di Singapura, menurut mahkamah pada Rabu (14 Sep).

Yeo, 32 tahun didakwa pada Januari menganggu seorang pegawai polis dan menyinggung perasaan keagamaan penganut Kristian dalam beberapa catatan di media sosial.

Satu waran tangkap dikeluarkan terhadap bekas pengerusi Parti Reform itu pada Ogos selepas dia melanggar syarat keluar negara semasa diikat jamin.

Mahkamah membenarkan Yeo pergi ke Vietnam atas tujuan kerja pada 27 Julai hingga 30 Julai. Namun, dia tidak pulang ke Singapura dan tidak melaporkan diri kepada pegawai siasatan pada 1 Ogos seperti yang dikehendaki.

Sebaliknya, dia membuat pengumuman di Instagram pada 30 Julai dengan berkata sedang memohon "suaka politik" di United Kingdom. Dia berulang kali mendakwa tuduhan jenayah terhadapnya "bermotif politik".

Pada Rabu (14 Sep), mahkamah menyemak waran untuk menangkap Yeo. Dua pendakwa raya mengendalikan kes itu dengan salah seorang memberitahu mahkamah bahawa Yeo masih berada "di luar bidang kuasa Singapura".

Warta polis masih aktif mencarinya dan waran tangkap terhadap Yeo dilanjutkan. Pendakwa raya meminta semakan waran itu ditetapkan dalam tempoh enam bulan.

Hakim menetapkan satu lagi semakan terhadap waran tangkap itu pada Mac tahun depan.
 
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan