Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Waran tangkap, notis Interpol dikeluarkan terhadap pasangan dipercayai gagal hantar barangan mewah

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Waran tangkap dan notis Interpol sudah dikeluarkan terhadap pasangan yang menghilangkan diri selepas dipercayai gagal menghantar jam tangan mewah dan beg berjenama kepada para pelanggan.

Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Rabu (20 Jul).

Sekurang-kurangnya 180 aduan melibatkan dua syarikat, Tradenation dan Tradeluxury, sudah dilaporkan kepada pihak polis dari Jun hingga kini.

Menurut para mangsa, mereka membuat bayaran pendahuluan kepada syarikat tersebut bagi jam tangan atau beg mewah. Namun, syarikat berkenaan gagal menghantar produk-produk yang dibeli.

Tradenation didaftarkan sebagai peniaga batu permata dan logam pada 2 April, menurut Kementerian Undang-Undang (MinLaw).

Peniaga berdaftar dikawal selia di bawah
Pendaftar Peniaga Berdaftar bagi mencegah pengubahan wang haram dan membanteras pembiayaan bagi tujuan pengganasan.

Seorang lelaki warga Singapura berumur 26 tahun ditangkap pada 27 Jun kerana dipercayai terlibat dalam kesalahan menipu, menurut SPF semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.

Pasportnya sudah dirampas dan dia dibebaskan dengan ikat jamin pada 28 Jun sementara menunggu siasatan selesai dijalankan.

Isterinya yang berusia 27 tahun juga sedang membantu siasatan polis dan wanita itu juga sudah menyerahkan pasportnya kepada para pegawai polis pada 30 Jun.

Mereka kemudian tidak lagi dapat dihubungi, menurut SPF.

Menurut SPF, waran tangkap dan notis merah Interpol sudahpun dikeluarkan terhadap pasangan tersebut.

"Polis sedang bekerja rapat dengan rakan-rakan penguat kuasa undang-undang untuk mengesan pasangan itu dan hasil jenayah mereka," menurut SPF.

MinLaw turut mendedahkan bahawa ia sudah menggantung pendaftaran Tradenation berikutan siasatan polis yang sedang dijalankan.

Sesiapa saja yang didapati bersalah kerana melakukan penipuan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun.

Jika Tradenation didapati bersalah, MinLaw akan mengambil tindakan kawal selia dengan tujuan untuk menamatkan pendaftaran syarikat itu.
Sumber : CNA/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan