Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Waran tangkap dikeluarkan bagi bekas pengetua pusat tuisyen

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu waran tangkap dikeluarkan bagi bekas pengetua pusat tuisyen yang membantu para pelajar menipu semasa peperiksaan peringkat O mereka.

Waran itu dikeluarkan pada Rabu (23 Nov) setelah Poh Yuan Nie, 56 tahun, gagal hadir di mahkamah bagi memulakan tempoh penjaranya atas 27 tuduhan menipu.

Poh dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun pada 2020, tetapi rayuannya hanya ditolak minggu ini.

Peguam Poh, Encik Peter Keith Fernando, menarik dirinya pada hari sama waran bagi Poh dikeluarkan.

Poh terlibat dalam kes penipuan dengan dua lagi tertuduh bersama: Fiona Poh Min, yang dikenakan hukuman penjara tiga tahun dan Feng Riwen, yang dijel dua tahun dan empat bulan.

Ketiga-tiga mereka bekerja di Zeus Education Centre yang kini tidak beroperasi. Mereka melaksanakan tipu helah itu bagi tiga kertas peperiksaan pada Oktober 2016, dengan enam pelajar memakai peralatan yang dipasang di badan masing-masing dan disembunyikan di bawah pakaian.

Poh disifatkan oleh pihak pendakwa sebagai dalang tipu helah itu.

Sebagai pengetua, dia mengambil keputusan mengenai bagaimana operasi itu akan dilakukan dan meluluskan tindakan tertuduh bersama.

Semakan semula waran tangkapan Poh ditetapkan pada 18 Januari.
Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan