Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita yang melecur teruk di Bukit Panjang mati akibat terhidu asap

Seorang wanita berusia 83 tahun yang dijumpai mati dan mengalami kelecuran teruk dalam sebuah flat Bukit Panjang, meninggal dunia akibat terhidu asap. 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita yang melecur teruk di Bukit Panjang mati akibat terhidu asap

Petikan gambar dari Google Street.

Diterbitkan : 30 May 2019 06:11PM Dikemas Kini : 30 May 2019 06:14PM

SINGAPURA: Seorang wanita berusia 83 tahun yang dijumpai mati dan mengalami kelecuran teruk dalam sebuah flat Bukit Panjang, meninggal dunia akibat terhidu asap. Demikian menurut siasatan koroner pada Khamis (30 Mei).

Kebakaran itu berlaku disebabkan percikan api colok yang dinyalakan, menurut Koroner Negara Kamala Ponmampalam dalam hasil selidikannya.

Kebakaran yang tercetus secara tidak sengaja membakar kotak kadbod, suratkhabar dan tuala yang berdekatan, dengan udara daripada kipas angin memarakkan api, menurut seorang penyiasat dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Dalam laporan sisatan kebakaran kepada koroner, Leftenan-Kolonel Dannies Ang Weitong memberi tip-tip keselamatan kepada awam mengenai membakar barangan keagamaan berdekatan objek-objek yang mudah terbakar.

Mahkamah mendapati bahawa dalam kejadian yang berlaku pada November 2018 itu, Cik Lim Mang Yin, yang berkerusi roda tidak mampu melarikan diri secara sendirian apabila kebakaran berlaku. Mendiang meninggal dunia akibat terhidu asap.

Wanita lanjut usia yang mengalami demensia itu, baru saja berpindah ke rumah anak perempuannya di Block 165 Gangsa Road dua minggu sebelum insiden malang itu, kerana flat yang beliau inap sedang menjalani kerja naik taraf.

Koroner mendapati tiada alasan untuk mengesyaki perbuatan khianat, dan kebakaran yang tercetus secara tidak sengaja disebabkan oleh percikan api dari colok, manakala kotak kadbod dan barangan mudah terbakar yang lain berfungsi memarakkan api.

Beliau mengesahkan kematian Cik Lim sebagai satu insiden malang dan menyampaikan takziah kepada anggota keluarganya atas kematiannya. 

Sumber : CNA/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa