Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita yang acu pisau ke arah polis di Tampines bakal didakwa

Polis menyatakan wanita itu akan didakwa kerana memiliki senjata-senjata berbahaya di tempat awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita yang acu pisau ke arah polis di Tampines bakal didakwa

Polis merampas dua pisau dari wanita 53 tahun di Tampines Street 82 pada 19 Sep 2022. (Gambar: Fuad Mohammad, SPF)

SINGAPURA: Wanita yang menikam dirinya semasa berdepan dengan polis di luar Sekolah Menengah St Hilda's di Tampines pada Isnin (19 Sep) akan didakwa di mahkamah pada Rabu.

Dalam kenyataan media pada Selasa, polis mendedahkan wanita itu akan didakwa kerana memiliki senjata-senjata berbahaya di tempat awam.

Pihaknya menyatakan ia menerima panggilan meminta bantuan sekitar 6.30 petang pada Isnin berhubung seorang wanita yang dikatakan memegang dan menghayunkan pisau di Tampines Street 82.

"Semasa berdepan dengan para pegawai polis, wanita itu dikatakan mengacukan pisau ke arah para pegawai dan menggunakan pisau yang sama untuk menikam dirinya di bahagian perut," jelas polis.

Polis menyatakan wanita itu dikatakan tidak menghiraukan arahan para pegawai polis supaya meletakkan pisau ke bawah, lalu terus mengacunya dan meletakkannya pada lehernya, sambil memberi ancaman untuk membahayakan dirinya lagi.

"Salah seorang pegawai kemudian menggunakan pistol renjat (taser) pada wanita itu," dedah polis." Wanita itu kemudian dapat dikawal dan diberkas di tempat kejadian."

Polis menjelaskan dua pisau kemudian dirampas daripada wanita itu.

Jika disabit kesalahan, wanita itu boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun. Dia juga akan disiasat Biro Narkotik Pusat (CNB) kerana disyaki bagi kesalahan-kesalahan berkaitan dadah.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan