Wanita warga emas lawan perompak bersenjata di kedai serbaneka
Seorang lelaki 28 tahun ditangkap hari ini (28 Mac) kerana didakwa cuba merompak seorang wanita tua dengan pisau lipat, kata polis dalam satu kenyataan.
Seorang lelaki 28 tahun cuba merompak seorang wanita tua di Tyrwhitt Road pada 28 Mac. (Gambar: Google Street View)
SINGAPURA: Seorang lelaki 28 tahun ditangkap hari ini (28 Mac) kerana didakwa cuba merompak seorang wanita tua dengan pisau lipat, kata polis dalam satu kenyataan.
Polis menerima laporan pada petang Rabu bahawa lelaki itu, yang memegang pisau lipat, telah menuntut wang dari seorang wanita berusia 78 tahun yang mengendalikan sebuah kedai serbaneka di Tyrwhitt Road, Jalan Besar.
Wanita tersebut bertindak melawannya dan lelaki itu akhirnya melarikan diri tanpa berjaya mendapatkan wang. Wanita itu tidak cedera.
Polis menangkap lelaki tersebut di Lavender Street kira-kira lima jam selepas laporan dibuat. Mereka juga merampas pisau lipat darinya.
Lelaki itu akan didakwa di mahkamah esok dengan tuduhan cuba merompak menggunakan senjata. Sabit kesalahan dia boleh dipenjara antara dua hingga tujuh tahun dan disebat sekurang-kurangnya 12 kali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.