Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita video tular di MBS dikenakan tuduhan baru tidak pakai pelitup

Wanita yang dipenjara tahun lalu kerana melanggar beberapa peraturan COVID-19 kembali menghadap mahkamah pada Rabu (7 Sep) atas tuduhan baru kerana gagal memakai pelitup apabila ia diwajibkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita video tular di MBS dikenakan tuduhan baru tidak pakai pelitup

Phoon Chiu Yoke tiba di Mahkamah Negara pada 7 September 2022. (Gambar: Try Sutrisno Foo/CNA)

SINGAPURA: Wanita yang dipenjara tahun lalu kerana melanggar beberapa peraturan COVID-19 kembali menghadap mahkamah pada Rabu (7 Sep) atas tuduhan baru kerana gagal memakai pelitup apabila ia diwajibkan.

Phoon Chiu Yoke, 55 tahun, dikenakan tiga tuduhan baru pada Rabu. Dua tuduhan itu atas kesalahan melanggar peraturan COVID-19 dengan gagal memakai pelitup apabila ia diwajibkan. Satu lagi tuduhan dikenakan di bawah Akta Penyakit Berjangkit kerana dia tidak bekerjasama dengan seorang pegawai semasa siasatan.

Phoon menjadi perbualan hangat tahun lalu apabila satu video yang menunjukkan dia tidak memakai pelitup ketika berada di Marina Bay menjadi tular. Wanita itu dirakam menanggalkan pelitup sewaktu berada di luar Mahkamah Negara dan dikenakan satu lagi dakwaan bagi kelakuan tersebut.

Dia dijatuhi hukuman penjara 16 minggu pada September 2021.

Pada 29 Mac, pemakaian pelitup di tempat terbuka di Singapura dilonggarkan untuk menjadi satu pilihan buat individu. Pada 29 Ogos, pelonggaran itu diperluaskan ke kawasan tempat tertutup kecuali di pengangkutan awam dan kemudahan jagaan kesihatan.

Jika disabit kesalahan gagal memakai pelitup apabila diwajibkan, Phoon boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga S$20,000 atau kedua-duanya sekali sebagai seorang pesalah berulang.

Hukumannya adalah sama bagi kesalahan berulang tidak bekerjasama dengan seorang pegawai semasa siasatan, di bawah Akta Penyakit Berjangkit.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan