Wanita tua dirawat di hospital selepas flat di Tampines terbakar
Seorang wanita tua dirawat di hospital pada Selasa (9 Okt) selepas satu kebakaran berlaku di sebuah flat di Tampines.
Flat yang terbakar. (Gambar: SCDF/Facebook)
SINGAPURA: Seorang wanita tua dirawat di hospital pada Selasa (9 Okt) selepas satu kebakaran berlaku di sebuah flat di Tampines.
Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan di Facebook kebakaran itu berpunca daripada alat mobiliti peribadi (PMD) yang dibiarkan dicas di ruang tamu flat di tingkat 10 Blok 240 Tampines Street 21.
Kebakaran itu "asal elektrik" dan dipadamkan menggunakan beg udara mampat sebelum jet air turut digunakan, menurut SCDF.
Seorang wanita lanjut usia di flat berdekatan dibawa ke Hospital Besar Singapura akibat menghidu asap.
Tiada kecederaan lain dilaporkan, menurut SCDF.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.