Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Wanita tikam diri sendiri ketika bertelagah dengan polis didakwa, direman

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang wanita yang menikam dirinya sendiri semasa bertelagah dengan polis di luar Sekolah Menengah St Hilda's didakwa pada Rabu (21 Sep).

Warga Singapura, Juliana Abdul Kadir, 53 tahun, dikenakan satu tuduhan memiliki senjata serangan - pisau sepanjang kira-kira 21 sentimeter (cm) dan pisau lipat sekitar 13cm - tanpa tujuan yang sah ketika berada di luar sekolah berkenaan pada Isnin (19 Sep).

Polis dikerahkan ke tempat kejadian di Tampines Street 82 pada pukul 6.30 petang.

Apabila pegawai polis tiba di tempat kejadian, Juliana tidak memberikan kerjasama dan enggan mematuhi arahan polis, menurut polis pada Isnin (19 Sep).

"Wanita itu kemudian menikam dirinya sendiri di bahagian perut dan mengugut untuk mencederakan dirinya lanjut. Demi keselamatannya, seorang pegawai polis kemudian menggunakan senjata renjat untuk mencegah wanita itu daripada terus mencederakan dirinya," tambah polis.
Wanita itu kemudian diberkas kerana memiliki senjata berbahaya dan disyaki melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah. Dia juga ditahan di bawah Akta Kesihatan Mental (Penjagaan dan Rawatan).

Juliana kemudian dibawa ke hospital dalam keadaan sedar dan stabil.

Dia direman untuk pemerhatian psikiatrik dan akan kembali untuk perbicaraan seterusnya pada 12 Oktober.

Jika didapati bersalah memiliki senjata serangan tanpa kuasa yang sah, Juliana boleh dipenjara sehingga tiga tahun. Dia bagaimanapun tidak boleh dikenakan hukuman rotan memandangan dia seorang wanita.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan