Wanita tikam diri sendiri di luar Sekolah Menengah St Hilda akan mengaku bersalah miliki senjata berbahaya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Sosial media dan Pasukan Polis Singapura (SPF))
SINGAPURA: Seorang wanita berusia 53 tahun, yang menikam dirinya di bahagian perut di luar Sekolah Menengah St Hilda awal tahun ini, memberitahu mahkamah daerah pada Rabu (7 Dis) bahawa dia berhasrat untuk mengaku bersalah memiliki senjata berbahaya di tempat awam.
Juliana Abdul Kadir, seorang warga Singapura, dituduh memiliki sebilah pisau sepanjang 21 sentimeter dan mata pisau lipat sepanjang 13 sentimeter di tempat awam ketika insiden tersebut berlaku pada 19 September lalu.
Juliana, yang tidak diwakili peguam di mahkamah, berdepan dengan satu tuduhan memiliki senjata berbahaya di tempat awam di bawah Akta Bahan Menghakis dan Letupan dan Senjata Berbahaya.
Dia dijadual kembali ke mahkamah pada 18 Januari tahun depan.
Mediacorp sebelum ini melaporkan tentang sebuah rakaman video berhubung insiden tersebut, yang tersebar di sosial media. Rakaman video itu menunjukkan seorang wanita memegang dan menghayunkan sebilah pisau di luar sekolah menengah berkenaan di Tampines Street 82.
Dia didakwa mengacukan pisau itu ke arah para pegawai polis sebelum menggunakan pisau yang sama untuk menikam dirinya di bahagian perut.
Pihak polis juga menjelaskan dalam kenyataan media seterusnya bahawa wanita tersebut tidak menghiraukan arahan para pegawai supaya meletakkan pisau ke bawah.
Dia malah dipercayai "meletakkan pisau itu di lehernya dan mengancam untuk membahayakan dirinya lanjut".
Seorang pegawai polis kemudian menggunakan senjata renjat (taser) pada wanita itu, tambah polis.
Dia kemudiannya dapat dikawal oleh pihak polis dan diberkas di tempat kejadian.
Juliana tidak berdepan dengan sebarang tuduhan berkaitan dadah apabila dia tampil ke mahkamah buat pertama kalinya pada 21 September lalu.
Sebelum ini, pihak polis menyatakan wanita itu akan disiasat oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) bagi kesalahan-kesalahan yang disyaki berkaitan dadah.
Kesalahan memiliki senjata berbahaya di tempat awam, membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan sekurang-kurangnya enam kali sebatan rotan.
Walaubagaimana pun, wanita atau sesiapa yang berusia atas 50 tahun tidak boleh dikenakan hukuman rotan di bawah undang-undang Singapura.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.