Wanita SG maut selepas jatuh dari cenuram setinggi 30 meter di New York
Anggaran Waktu Membaca:

Encik Abdul Rauf Mohd Said dan isterinya Nur Aisyah. (Gambar: Facebook/Rauf Said)
SINGAPURA: Seorang wanita warga Singapura meninggal dunia pada Jumaat lalu (22 Dis) setelah dia hilang imbangan lalu terjatuh dari cenuram dengan ketinggian 30 meter di Minnewaska State Park Preserve di New York, Amerika Syarikat.
Dalam satu hantaran Facebook pada 23 Dis, Encik Abdul Rauf Mohd Said berkata kakitangan perubatan telah cuba menyedarkan semula isterinya, Nur Aisyah, yang juga dikenali sebagai Ais Sarah, selama hampir tiga jam. Malangnya, percubaan mereka tidak berhasil.
"Hati saya hancur berkecai dan saya tidak tahu bagaimana untuk bangkit semula," tambahnya.
"Saya menangis tanpa henti sejak 12 jam lalu dan saya betul-betul sedih dan menjadi tidak keruan sekarang.
"Saya minta maaf tidak dapat pergi ke awak tepat pada masanya sayang."
Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Isnin menyatakan bahawa MFA sedang memberi bantuan konsular, menerusi Konsulat Singapura di New York kepada keluarga mendiang Cik Aisyah.
MFA turut menyampaikan takziah yang mendalam kepada keluarga Allahyarhamah.
Menurut profil LinkedIn mereka, Encik Abdul Rauf dan Cik Aisyah merupakan pengasas bersama Noble Sky International, sebuah syarikat pelaburan hartanah dengan tumpuan kepada pasaran Amerika.
Encik Abdul Rauf berkata, menerusi satu catatan Facebook pada Isnin, bahawa bedah siasat telah selesai dijalankan dan beliau "sangat mengharapkan jenazah (Allahyarhamah) Ais dapat dibawa pulang awal".
Beliau telah merayu untuk mendapatkan bantuan, sambil menambah bahawa "peraturan-peraturan ketat" memerlukan mereka untuk meminta pengecualian dari syarikat penerbangan Singapore Airlines untuk menerbangkan jenazah isterinya pulang ke tanah air dalam penerbangan pagi Selasa, biarpun tanpa kertas kerja yang lengkap.
Dalam hantaran sebelum ini, Encik Abdul Rauf juga mengucapkan terima kasih kepada sekumpulan tiga adik-beradik perempuan, yang berada di Minnewaska State Park. Sejurus mendengar jeritannya meminta pertolongan, mereka dikatakan bergegas ke bawah cenuram untuk mendapatkan isterinya.
"Terima kasih sekali lagi kepada Julia dan saudara perempuannya kerana berada di sisi isteri saya pada saat-saat akhir hayatnya."
Media Amerika sebelum ini melaporkan dua kematian di Minnewaska State Park setelah pendaki dilaporkan terjatuh dari tempat tinggi, dengan satu insiden berlaku pada 2021 dan satu lagi pada 2015.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.